Monday, November 30, 2009

saya juga suka tengok bulan, tapi jangan bilang sama siapa-siapa.

.


malam tadi ada bulan. tepi bulan ada awan kepul2. cahaya bulan mencipta ombak pada awan. orang kata awan begitu namanya sirokumulus.

malam tadi ada bulan. sendiri lagi mendongak tanpa gadis di tepi. suatu hari kalau ada gadis, aku akan elak untuk berkata 'awak..lihat bulan, saya mahu jadi bulan, maka awak jadi bintang ye?'. sungguh mainstream. untuk tidak mainstream, aku akan kata 'awak..lihat awan kepul2 tepi bulan, ada imej bra saiz 36D. awak saiz apa?'. dan gadis itu harapnya singgahkan kepala ke bahu aku, sambil tangan berkongsi twisties. nakalnya.

malam tadi ada bulan. sendiri lagi. entah bila ungkapan tidak mainstream mampu terungkap. aku harap suatu hari.


Sunday, November 29, 2009

cara mohon maaf paling kreatif, membuatkan perempuan mahu marturbasi

aku sinikal. sinikal bila tiba keadaan diheret kepada soalan 'ada apa lagi?' selepas hadirnya satu jawapan sebagai pulangan kepada soalan pertama. kerana dinamiknya hidup ini, saat tidak akan berhenti walau jam itu jahanam. tanggungjawab tetap menggila datang dan otak ada satu yang menuntut capahan fokus dalam skala luas.

mungkin takdir tuhan mencipta manusia-bodoh-aku yang suka menjawab pada soal pertama dengan jawapan bodoh-benar. memasukkan kata humor kerana tabiat. nampak seolah tidak serius. tapi itu jawapan benar. baik, aku terima alasan : 'jawapan tidak lengkap'. maka susulnya soal kedua 'ada apa lagi?' itu adalah sesuatu yang perlu. tapi soal kedua lebih menampakkan si penerima jawapan beranggapan jawapan pertama tidak serius, bukan tidak lengkap. kerana itu lahirnya ungkapan 'jangan main-main' sebelum ayat soal kedua.

..

dari dulu. satu perkara yang cukup bermasalah bagi aku ialah perspektif. manusia ini hidup bertuhankan perspektif. doktor itu karakternya pakai uniform putih, peguam bawa beg hitam, pelukis baju comot, genius  spek tebal, pelacur bercoli merah, alim berjubah kopiah, humor tandanya main-main, kesungguhan dihukum pada hasil, bla bla bla... fak.

sistem pemikiran yang membentuk perspektif manusia memang tolol. kadang ia dipengaruhi oleh latar belakang, sikap, percakapan, gaya, tahap ilmu tafsir dan kadang juga dipengaruhi penampilan. owh plis, aku geli.

kawan,
ambil badik
kopek dada ini
pasti kamu ingat aku jesus
dan terus sembah 
-nov 28,09-


owh, rangkap di atas terlalu konfiden semantiknya, sesuai untuk melawan perspektif kotornya aku pada pandangan kau.

kawan,
maaf
sudi?

Wednesday, November 25, 2009

selamat pagi, boobies.

Tuhan telah mati.
Kita telah membunuh Dia.
Bagaimana kita berlagak seolah biasa-biasa, pembunuh segala pembunuh?
-F.W Nietzsche-

patut la ramai yang macam setan.

Tuesday, November 24, 2009

rasa sayang


awek 40d singlet hijau  berjalan masuk dan di telinga ada sebiji handset. mata melilau, kepala kiri dan kanan. lelaki rambut mohawk mendada ikut rapat dari belakang. membuat pusingan U di dalam restoran, dan berakhir di pot tepi dinding. 'bai, nasi lemak dua!'  -melayu-



beza dua meja, ada gadis rambut kerinting bertopi yang tidak nampak mata. tunduk sepi dan dua tangan digosok bergilir, hujung lengan baju kuning langsat ditarik menutup tapak tangan. sejuk. nasi goreng pattaya ada sos atas telur tinggal pinggan kosong. selang seminit, asap berkepul-kepul dari bibir pink.-sunti_urban-


belakang, dua muslimah sedang mengeratkan silaturahim. borak yang sungguh mesra. seorang tudung biru, seorang tudung putih. keadaan bising membuatkan aku tertangkap satu perkataan sahaja, 'Datuk K!' -pathetic-





member : payah. kau juga tidak sempurna
aku : ya. tapi memang azali manusia. sukakan yang sempurna.
member : stupidfak. sampai mati kau tak jumpa.

Sunday, November 22, 2009

# siri pengakuan bulan november : edisi tengkujuh

ada lima susuk perempuan yang nama mereka pernah hadir dalam hidup Tevez. Perempuan2 itu ialah rozanna, atikah, nabila, nur akma dan anna. Keempat - empat yang berbeza ini, semuanya membawa satu rasa yang sama. rasa teruja (baca : bukan ejakulasi).

mereka - mereka yang biasa tetapi luar biasa pada pandangan mata Tevez ini punya magis. Kerana mereka - mereka ini mampu untuk mengalih fokus Tevez yang selama ini hanyalah kepada porno, bertukar kepada mereka - mereka. 'Mereka - mereka ini inspirasi', kata Tevez suatu tika dulu.

rozanna - pernah suatu masa Tevez meminta rakannya mengambil gambar rozanna secara curi -curi menggunakan talifon tangan sewaktu berlangsungnya acara di padang kawad.

atikah - 'mama', panggilan kepada seorang makcik kafe yang dijadikan sebagai messenger untuk menghantar sekeping kertas kajang berlipat dan bertulis puisi pendek di dalamnya kepada atikah.

nabila - adik kepada seorang senior perempuan Tevez yang bermuka bujur dan meminati bahasa Jepun sepanjang pengajian di seksyen 17

nur akma - perempuan gebu-manja yang mendapat pengalaman pertama menerima SMS bertulis 'nur akma, sihat?' sepanjang hidup bergelar perempuan gebu-manja.

anna? - perempuan pertama dan terakhir yang rambutnya diusap Tevez di hadapan kedai serbaneka tingkat tanah KLCC, kemudian berpimpin tangan menaiki elarti.

awas : perenggan seterusnya adalah kenyataan yang bersifat realiti. bukan omongan.

rozanna, atikah, nabila, nur akma dan anna adalah jasad yang wujud. dan roh yang bernyawa. Bentuk dan sudut tubuh mereka - mereka ini pernah mendiami celahan frasa luahan rasa Tevez dan masih tersimpan dalam bentuk fail digital, sehingga kini. antaranya :

mata..
pada pedang hatta manusia
tetap punya persamaan
ia bisa membunuh! 


- nur akma,2007-

Dan kini..2009. Tevez masih menunggu susuk perempuan seterusnya untuk hadir menyentuh hati kosongnya. mungkin perempuan berkebaya hijau yang muncul di tangga bulan lepas.

Inspirasi!

p/s : elakkan memahami terma 'hadir' sebagai 'sepasang kekasih yang bercinta'. Tevez adalah loser. hanya mampu memendam rasa. dan melihat pujaan melangkah girang. anna, adalah kes was-was.

Saturday, November 21, 2009

saya mau masuk surga!

esok mahu berubah!
bila sedar
esok sudah jadi hari ini

esok lagi..
lagi
dan lagi..
esok mahu berubah!

Friday, November 20, 2009

paksi

religious skepticism.

lama berfikir tentang itu. sehingga takut untuk menconteng di sini. harap deifinisi untuk itu, aku bukan sebahagian daripadanya. ya, aku masih akan terus bersoal. dan bersoal tidak bererti pertikai bukan?

mahu ubah. ia bukan bersoal. itu bukan namanya. ia 'bertanya'. bertanya pada tuhan, walau tidak pernah dijawab.

tuhan, kau tidak marah kan? inkuiri yang lahir ini bukan aku rancang.

Monday, November 9, 2009

Plato mungkin benar apabila berkata " love is a serious mental disease "

kalau rindu itu datang
kau rapatkan tangan di dada
degup yang kau rasa nanti..
adalah degup yang sama aku rasa


cuma mungkin debarnya saja berbeda
degup masih sama..
owh ya, apa kau bisa bezakan degup dan debar?
mampu?


kalau tidak, maka kau masih naif.


-tehonipis 9 nov-



photo: idani si photographer magis!


sedang menggila di tempat lain. jangan nakal2. blog ini ada pakguard!

Monday, November 2, 2009

haram itu bergantung kepada kami, kamu marhaen 'diam dan ikut' ya?

*ditulis ketika dewa syaitan mengambil alih takhta pemerintahan seorang manusia. hanya degup jantung sahaja milik aku. selebihnya..milik dewa syaitan.


owh babi. hari ini aku belajar sesuatu (perspektif dari kaca mata mainstream) tentang ilmu hakikat.

antara anutan yang kamu junjung... dan kuasa.. Kuasa lebih UMMPPppppHHhhh!.
politik acuan mereka sangat babi. (sugguh) babi.

Dr. Asri..tribute ini untuk kamu >  '..tuhan sayangkan kamu, kerana itu Dia turunkan dugaan..'

marhaen itu bukan hamba, mengerti ? (!)
marhaen itu bukan abdi, mengerti ? (!)
marhaen itu juga kamu, mengerti ? (!)

p/s : mereka membuatkan kanak2 baru kenal alif-ba-ta keliru. kalau aku punya anak, aku haramkan mereka baca paper, dengar radio, tengok tivi, nanti keliru. kecuali tivi siaran lucah, walau lucah, ia tidak mendatangkan kekeliruan. redtube misalnya. (heh).