Friday, October 30, 2009

soal - soal itu datang lagi di waktu sepi

kau pernah rasa perasaan malas yang maha-berat sehingga mampu untuk menghilangkan rasa hormat pada Yang Mencipta?

malas.

Syaitan hanyalah watak yang digarap untuk mengalih titik pengadilan yang dibuat manusia. Hukuman kepada syaitan sebagai  watak jahat yang menghasut manusia hanyalah sebuah justifikasi yang sangat loose. Gerak geri, perilaku, perbuatan, tindakan, sikap dan amalan adalah hasil daripada keputusan manusia sendiri. Apa kena mengena dengan teori 'hasutan syaitan' ?

Bisikan syaitan.

Pussy. itu bisikan hati kau, sebagai manusia. Syaitan yang sedia laknat itu mudah sahaja kau tuduh sebagai penyebab kerosakan yang kau buat. Owh lupa, kau kan makhluk paling sempurna bernama manusia. Maka segala kejahatan yang kau buat, puncanya adalah syaitan. Alasan yang sangat pussy.

Janji syaitan kepada Tuhan untuk terus menghasut dan merosakkan kaum manusia.

Ya, janji itu adalah dalil. Wajib untuk kita percaya. Kewujudan syaitan juga dalil. Wajib untuk kita percaya. Kepercayaan wujud dan adanya syaitan, ini adalah perkara sangat asas. Semua kita akui. Kitab sempurna yang terakhir, siapa mahu persoal?

'Hasutan syaitan' hanyalah sebuah cara melepaskan diri dengan memberi alasan, untuk manusia nampak kekal sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.  

Hei manusia, kau perlu dipertanggungjawabkan atas segala keputusan dan perbuatan yang kau hasilkan. Tidak wujud kata2 '..serius,maafkan saya, keputusan saya didorong oleh hasutan syaitan.' atau '..ustaz,maafkan saya,saya banyak buat dosa,minum arak,berzina..termakan hasutan syaitan..' .

manusia, kau kejam. dengan menyalahkan si syaitan laknat. kau lebih laknat hakikatnya. dengan meletakkan punca kepada sesuatu yang selain daripada kau.