Saturday, October 17, 2009

# siri pengakuan bulan oktober

ketika melandanya saat - saat terdesak sehinggakan untuk pergi lepak di kedai mamak memesan teh tarik sambil kaki bergoyang menonton EPL pun tidak mampu, aku pernah menulis dalam genre - genre yang mengangkat penggunaan tema ayat-budak-SPM-menulis-karangan semata2 mahu mendapatkan upah RM100 daripada surat khabar tempatan.

sedang pokai, berbau busuk, rumah bersepah dan kerja banyak yang tidak siap2. mungkin akan kembali menulis perkara-perkara yang menggelikan lagi. owh ya, aku tidak ikhlas. hanya menulis kerana laparkan duit dan dahagakan pemandangan di starbucks yang dikelilingi fashion bra-lebih-terang-warnanya-daripada-tshirt-yang-dipakai-diluar.