Tuesday, October 20, 2009

eksperimen # 1 : tanggapan adalah berdasarkan fizikal luaran.

*eksperimen ini tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada mana-mana kementerian di Malaysia. Malah tidak juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi global. Hanya untuk memuaskan nafsu, mengisi masa terluang dan membetulkan pemahaman si-pengeksperimen terhadap masyarakat sekeliling. Dan untuk mencabar normaliti yang dianuti oleh kaum manusia.

pakaian : t-shirt hitam lusuh [di bahu ada kesan benang2 putih sebab masa basuh dalam washing machine semalam campur sekali dengan pakaian putih], jeans koyak di lutut, selipar jepun, beg hitam(bergalas).

lokasi : KFC

bahan eksperimen : students (majoriti yang tengah makan di KFC ketika itu)

cara eksperimen :

*situasi : kumpulan students yang adak ramai di kaunter beratur.

1. berjalan rapat ke kaunter sambil mata terkebil - kebil melihat display board (menu).
2. sengaja salahkan sebutan cheezy wedges kepada 'Ci-Si-Wu-Jas'.
3. order air suam (sambil perhatikan reaksi kumpulan students).
4. duduk bertentangan dengan kumpulan students yang turut sama berada di kaunter tadi.
5. makan sedikit. kemudian keluarkan beg plastik berkedut dari poket seluar dan bungkus cheezy wedges serta letakkan di tepi meja.
6. selepas 10 minit, keluarkan laptop dari beg, majalah Newsweek edisi Oktober, kertas putih, pensil dan buku bertajuk Federal Constitution dan letakkan di atas meja.
7. mulakan membaca dan menulis (sambil, perhatikan semula reaksi kumpulan students tadi).

kesimpulan : mentaliti students sangat pussy.

p/s : tidak tahu untuk menyebut nama 'cheezy wedges' adalah 'sangat kampung'. mengorder air suam di fast food restaurant adalah 'wajib untuk digelak'. tapau makanan menggunakan beg plastik adalah 'wajib untuk dijadikan bahan percakapan sambil mencuit rakan sebelah supaya turut sama melihat aksi menapau sambil rakan lain memegang perut menahan ketawa'.

owh ya, ketika eksperimen berada di aktiviti no.6 dan no.7, ini adalah saat kemenangan anda sebagai si-pengeksperimen. saat di mana reaksi mereka yang menjadi bahan eksperimen berkecamuk dan bercampur gaul. nikmati saat ini dengan penuh sentimental.

sekian.