Friday, September 25, 2009

sisi hitam bersoal

dude,

andai ketentuan syurga, dan neraka itu tidak dicipta dan tiada dalam perjanjian
apa kau masih mahu sujud pada tuhan?

kita memang dicipta secara lumrah kan
setiap yang dibuat, diikat janji dengan balasan
hatta tuhan sendiri mendidik hamba - hamba hina dengan umpanan balasan.
umpan syurga. umpan neraka. umpan pahala. umpan dosa.

seorang mak : kau ni angah, sikit - sikit minta upah. sikit - sikit minta upah!
seorang anak : hmmm..alaaa..mak niii. angah kan dah tolong mak cabut uban tadi.hehe.

jadi jangan pelik bila anak - anak minta upah.

tapi dude,
kau sembah tuhan sekarang ini kerana cinta&kasih padaNya atau kerana kejaran kau pada nikmat syurga (balasan)?

bukankah ikhlas itu terselit maksud '..tanpa mengharapkan balasan..'.
jadi maknanya sekarang ini kau ikhlas atau tidak terhadap tuhan kau?

0 sinikal: