bermesej - mesej dan bergayut - gayut bukanlah biasa. jauh sekali menjadi rutin. anna cukup mengerti pe'el yang satu ini.
malah untuk menaip ayat 'awak dah makan..?' itu akan bisa membuatkan aku muntah darah. mungkin akan kena penyakit batu karang tahap ke lapanbelas ratus.
dan di waktu kami berjalan (baca : seharusnya seiring) , akan cenderung untuk wujud suatu ruang beza jarak antara aku (di hadapan) dan anna (di belakang). dan setiap kali jumlah jarak cuba bertambah, anna akan menarik hujung baju aku. sambil kemudiannya tersenyum memandang redup. tersedar, baru aku perlahankan sedikit rentak kaki. soal kelajuan jisim bergerak dan teori keseragaman bukan bidang aku.
pernah sekali payung warna pink yang anna keluarkan dari begnya, semasa berjalan - jalan aku hanya payungkan diri aku. tidak pandai untuk berpayung dua orang. berpanas seketika gadis amoi tu. dan kerap tangan anna memegang tangan aku yang memegang payung dengan tujuan supaya dialihkan sedikit payung ke arahnya. 'awak..matahari belah sana, jadi payung kena ke arah sini..'. lama - lama sedikit, secara tidak sedar payung akan kembali meneduhi aku, seorang. dan anna akan mengulang perkara yang sama. serius, aku lemah dalam hukum simetri dan sudut yang memerlukan kita menganggar darjah kecondongan.
namun dalam sikap-tidak-kisahnya-terhadap-kebangangan-aku , anna ada magis.
ungkapan 'sy ttp syg awk..'. [ringkas] tapi cukup untuk membuatkan aku rasa seperti superman. ultraman juga mungkin.
dan kadang - kadang rasa semacam kamen rider. henshin!