"..kita boleh untuk terus begini dengan sikap yang begini.."
membenci itu sakit.
dibenci juga sakit.
........... .... .................................. .. ......................
rupanya ada benci yang lebat berbuah.
menunggu masa untuk ranum.
-habis-
jika kamu terlihat di sini, katakan pada kawan
'..kalau betul dia salah, mari kita betulkan dia..'
jika kamu terlihat di sini, katakan pada kawan
'..kalau betul dia jahat, mari kita insafkan dia..'
jika kamu terlihat di sini, katakan pada kawan
'..kalau betul dia bebal, mari kita cerdikkan dia..'
jika kamu terlihat di sini, katakan pada kawan
'..kalau betul dia keras, mari kita lembutkan dia..'
jika kamu terlihat di sini, katakan pada kawan
'..kalau betul dia hanyut, mari kita sedarkan dia..'
jika kamu terbaca di sini,
kamu juga perlu tahu...
'..kalau dia sedang bersalah..kamu juga terkadang salah..'
'..kalau dia sedang jahat..kamu juga terkadang jahat..'
'..kalau dia sedang bebal..kamu juga terkadang bebal..'
'..kalau dia sedang berkeras..kamu juga terkadang keras..'
'..kalau dia sedang hanyut..kamu juga terkadang hanyut..'
kerana kamu..
bukan malikat.
malah dia, bukanlah nabi.
jika kamu terlihat di sini,
aku sudah mulakan tindak.
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 sinikal:
suka tajuk!
syaitan berdosa?
atau syaitan itu sendiri dosa,
manusia lebih kabur.
seawal kejadian adam. itu maksudnya. heh.
setuju dengan lakijiwang.
syaitan itu sendiri dosa.
Post a Comment