Wednesday, August 5, 2009

kita semakin minimalist, noktah.

aku : saya rasa itu bullshit.
bro : tidak.

aku : sebab orang yang sebegitu pun boleh berkelakuan yang mungkar.
bro : jangan.

aku : sudahnya bagaimana..( ? )
bro : kenapa perlu untuk kita lihat dari sudut yg sebegitu?

aku : sebab dia berkelakuan begitu. sedangkan tampil fizikalnya baik.
bro : ya.tapi jangan judgemental. kita tidak boleh untuk bersikap judgemental.

aku : ya, saya sebegitu. bila memerhati.
bro : itu masalahnya.

aku : (ragu-ragu...dan akhirnya mengaku sendiri memang aku ada sikap judgemental)

aku : hmm..
bro : ya. memang benar yang alim bertutup litup itu pun melakukan silap dan salah. tidak dapat lari. tapi lihat pada sisi baiknya dia. walaupun dia tidak amanah dalam mencari rezeki, tapi masih tegar ikut suruhan Nya yang lain. sujud tidak tinggal.

aku : jadi baik saya jadi diri saya. at least saya tidak buat apa yang dia buat.
bro : boleh. tapi tidak perlu jadikan dia sebagai alasan untuk kita tidak buat suruhan Nya. "ahh..dia yang cukup rakaat dan sujud pun masih bermungkar.. baik aku tetap begini, dengan sikap begini, at least aku tidak buat benda buruk yang dia buat tu..". tidak boleh begitu.

aku : (sepi)
bro : masih perlu untuk kita improve diri.

aku : (pegang dan goncang2 botol air...)
bro : itu seninya. hidup kena ada titik rujukan. arah mana yang mahu diikut.

aku : kalau yang kita mahu ikut itu pun.., masih ada salahnya.
bro : jangan menuntut kepada kesempurnaan.

aku : jadi kita perlu untuk menerima hakikat yang semakin hari kita semua semakin minimum? dan mengikut yang minimum itu?
bro : kekangan persekitaran. maka ia menuntut kita untuk bersetuju pada yang itu. kita ada peraturan baru yang bersifat semasa. asal masih selari dengan suruhan.

aku : kalau mahu titik rujukan yang benar2 betul. kitab dan pesanan itu sajalah. saya rasa sekarang tiada siapa pun pegang penuh.
bro : yer. kita masih perlu untuk ada titik rujukan. walaupun kepada yang minimum itu. tapi perlu ada usaha untuk kembali kepada garis yang betul.

aku, bro : (diam, sepi, melihat..)

bro : lihat dari perspektif yang lain. yang boleh untuk kita ambil baiknya perkara itu.
aku : payah.

bro : kerana itu jangan judgemental. lihat mereka yang bermungkar sebagai kaum yang kasihan.

---------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
minimalist.

kita semakin minimalist.
kita semakin minimalist.
kita semakin minimalist.
kita semakin minimalist.
kita semakin minimalist.
kita semakin minimalist.













kita semakin minimalist.

1 sinikal:

lakijiwang said...

maksimumkan apa yang minimum!