Monday, July 6, 2009

puntung

suap rokok ke mulut.

.....................................

tercari - cari batang mancis yang tidak ingat di mana dilemparkan petang tadi.

selalu begitu. (selalu)

terkadang menyumpah - nyumpah diri sendiri. Batang mancis yang tidak berkaki itu pun tidak mampu untuk dijaga, inikan pula seorang manusia bernama awek. mungkin betul tuhan tidak menghantar dia buat masa ini. kerana mungkin akan ditinggalkan di kedai mamak mahupun di mana yang suka. mungkin juga di tepi tiang elektrik sekalipun. bila mahu, baru cari kembali.

yang pasti.. tuhan selalu tepat. jadualNya.

sambil menyedut rokok. suka melihat awan berkepul di tepi tingkap.
indah katanya.
..subjektif.

duduk di kerusi mengadap dinding. depan dinding ada laptop. tepi - tepi laptop banyak buku. dan bekas rokok.
stereotaip. meja itu.
walau di cuba untuk mengubah pemandangan supaya lebih kemas, 2 - 3 hari pasti akan kembali begitu. pasti!

'quo vadis bangsaku'. membelek helai pertama. ergh. sudah mahu luput tarikh pinjam bukunya. tapi masih belum terhantar.
denda lagi.
hampir sebulan, belum lagi dapat tangkap maksud sebenar quo vadis. si penulis memang mental. abaikan.

sambil melayang, hampir rapat bara api ke penapis. sedutan akhir memang selalu menggembirakan. puas. sungguh!

hulur separuh tangan ke luar tingkap, jentik puntung rokok.
bara api yang masih ada kemerah - merahan ditiup angin. berputar menjunam ke bawah.

pap... !
yes ! kena lagi !
bumbung kereta yang kedua malam ini. pasti tuan dia bermaki pagi esok melihat kesan terbakar bara.

nakalnya aku.

4 sinikal:

tra said...

aduh sih, kamu mmg nakal!

teruskan membaca buku2 seperti itu, bagus untuk mental, lebih2 untuk org seperti kamu.hahaha

voice2...u said...

adik aku ni mmg nakal...
tp dia xjahat...

luckyS said...

oi!!! kete aku!!!! hak3!!

tehOnipis said...

a.tra - iqra'. sy akan mula baca porno.
a.miji - jahat dan nakal. berbeza tapi biasa wujud bersama
cha'a - heh. jauh ko parking?!!