|membalut|.
setiap perkara punya jiwa dan roh. aku percaya. dan di setiap itu pula akan ada sesuatu yang menggambarkan secara tersurat apa yang tersirat.
dan kadangkala, rasa hina dan terhina. kerana lahiriah yang dipekik hanya samaran semata. fak sekali aku rasa. dan fak berkali-kali kerana ia mengganggu fikiran. memang fak.
|manusia orang|.
adalah subjek yang kompleks, rumit mungkin. untuk kita kenal dan bercerita soal sikap dan sifat.
sifat tersirat manusia orang selalu dijatuh hukumkan berpandu pada sikap yang terlahir. mungkin pada kata dan bicara.
mungkin juga pada paras dan rupa.
mungkin juga pada tindak dan tanduk.
ada manusia orang..
yang suka bicara bersih. tapi diri kotor jijik.
yang suka bicara amal, tapi diri bermungkar jahat.
yang suka bicara pahala, tapi diri tergantung dosa.
yang suka bicara tuhan, tapi diri tiada takut.
manusia orang ini,
punya sikap yang membalut sifat.
baiklah,
kalaupun dianggap sikap yang membalut agar suatu hari menukar sifat yang dibalut kepada baik, maka kerana itu manusia orang beramalan sebegitu, aku masih letakkan kamu dalam kategori hipokrit. atau pussy. ini lebih hina.
ataupun falsafah 'kita tidak perlu untuk menunggu sehingga diri menjadi sempurna untuk berpesan kepada kebaikan', tetap aku rasa kamu hipokrit. dan suka menunjuk. dan kamu malaikat dan dewa agung. dan kamu punya nilai agama yang hakiki dan tulen. dan kamu junjung praktikaliti dan normaliti bertamadun. dan kamu model kepada sebuah ciptaan agong.
tetap aku rasa..
teori ini bullshit.
'jujur'. aku rasa itu kiblat yang wajar.
fak.
(sejuta seratus lapan kali fak).
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 sinikal:
yeahh..
setuju2..
bc ini spt kepale bole berpuseng. tingtong.
plastic thu harus kuat untok balot sifat. takot terbocor.
Post a Comment