Friday, July 17, 2009

dan kini..kita semua perlu berasmara.

bersoal secara serius.

terkadang kita perlu untuk menerima dan mengaku.
kehidupan adalah sesuatu yang sukar dijelaskan. (amat)
apa yang berlangsung tidak menggambarkan apa yang tersirat.

16/7/2009

pada tika kau merasa kita jauh,
kita sebenarnya rapat.

pada tika kau merasa kita berbeza,
kita sebenarnya sama.

pada tika kau merasa kita senyap,
kita sebenarnya bicara.

cuma kau.
tidak usah berfikir salah.

cuma aku.
tidak pandai untuk menunjuk.

dan sepi itu..
rupanya bisa membunuh.

--------------

bahagi - bahagi lah kehidupan kepada beberapa bahagian. agar bila kita kecewa, kita mampu untuk bergerak ke bahagian lain. sementara. dan balik kembali bila reda. namun, tetap semua bahagian tidak sama. ada bahagian yang kita suka. dan ada bahagian yang amat kita suka. dan bahagian - bahagian ini, kadangkala (kejam) menuntut untuk kita memilih antara dua.

pilih.

4 sinikal:

tra said...

kalau tiada pilihan, mana mahu buat pilihan. haha

p/s: bagus puisi

tehOnipis said...

a.tra - heh. kekadang rasa seperti perlu memilih, rupanya tidak wujudpun pilihan. bitch! bitch!

ladymiaka86 said...

nice puisi..

teruskan usaha kamu!

ladymiaka86 said...

ermm.. kamu dah bahagi2kan ke hidup kamu tu???