awal pagi tadi..
sewaktu asyik melihat birai - birai langit di belah timur yang kemerahan dan berkepul-kepul putih (awan). Merah langit awal pagi tadi agak berbeza dengan pagi - pagi yang sebelum ini. Merahnya langit pada pagi ini seolah memberi isyarat bahawa aku perlu dan patut, untuk memiliki semangat yang seakan pahlawan untuk mengharungi hari ini.
Namun apa yang peliknya.. (dan menarik) pagi ini aku kira agak menarik. Tidak sama untuk dirasai oleh pagi - pagi yang lain. Kerana pagi pada hari lain langitnya tid... oh..rupanya aku tidak boleh dan mampu untuk membandingkan pagi ini dan pagi - pagi sebelum ini kerana aku tidak pernah berpeluang melihat pagi yang benar - benar pagi. bangun lambat. liat. terlebih lelap dan sebagainya. *bodohnya aku rasa.
baiklah..
sedang asyik menonton lagit merah, tiba - tiba aku teringat kata - kata cikgu BM dulu..
"awak x boley malas, kalau x nanti x kan berjaya".
lazim.
(perkataan yang terlintas selepas teringat ayat-ayat cikgu BM tadi)
betul benarkah malas tidak akan menyebabkan kita berjaya? hatta untuk memupuk sikap berjaya sekalipun?
mesin basuh.
(aku terlihat selepas pergi tandas sebentar tadi).
lahir dan tercipta kerana asalnya manusia malas untuk membasuh pakaian menggunakan tangan. berus dan sabun. siapa yang hendak tangan mereka menggelupas bermain air sabun di bilik air. atau di tepian gigi sungai di kampung seperti anak dara yang berkemban (ohh..indahnya panaroma). siapa yang hendak duduk bercangkung berjam-jam membasuh baju.
aku tak nak. kau pun tak nak. aku tau. membasuh kain dan pakaian dengan tangan juga akan menyebabkan seseorang lelaki itu tidak hensem. suatu kepercayaan yang di amalkan oleh lelaki2 meskulin dan urbanseksual masa kini. maka, untuk mengelakkan darjah kehenseman mereka semakin berkurangan, mereka malas untuk membasuh baju menggunakan tangan. Kerana itu, mesih basuh hangat di pasaran. Kaya tokey kedai Sen Heng dan Courts Mammot.
facebook.
(yang ini agak radikal contohnya).
lahir dan tersebar juga kerana manusia sudah jemu untuk pergi melepakkan diri bersama rakan-rakan di kedai kopi, (atau di taman) untuk berkumpul dan berborak dan bertanya khabar secara terus dan bersemuka. Memanglah Mark Zuckerbeg mencipta Facebook untuk kegunaan pelajar Harvard bersosial secara maya dan bertukar maklumat. Namun, kekangan masa, ruang dan peluang untuk bertemu muka dengan kawan-kawan menyebabkan kita semua lebih selesa untuk melakukanya secara ber'facebook' lagipula facebook boleh komen secara terus, boleh lihat gambar-gambar koleksi kawan-kawan, boleh jawab kuiz. Jjumpa secara terus boleh ke untuk kita jawab kuiz? tidak boleh. Melepak secara realiti juga banyak halangannya, kadang-kadang hujan, tak dapat nak keluar jumpa kawan. kadang-kadang juga tidak ada duit untuk bayar teh tarik, kerana kalau dah keluar jumpa kawan sudah semestinya kena minum teh tarik. *duh..!
Kerana semua sebab yang aku nyatakan di atas, maka manusia malas untuk keluar melepak. Hasilnya.. tercipta lah facebook. Siap boleh untung lagi, 300 Million USD pada tahun lepas.
seronoknya. malas punca terjananya 300 million USD.
* tapi aku masih lepak mamak..dan juga bermain facebook.
iphone .
Steve Job dan sekutu cipta gajet ini juga kerana malas.
kerumitan untuk membawa laptop ke hulu dan ke hilir menyebabkan manusia menyampah dan malas untuk menggunakan laptop. semata-mata untuk membaca email, menggunakan word processor seperti MS word dan Adobe reader. iphone mampu dan kau boleh letak dalam poket.
apatah lagi untuk membawa kamera digital mahupun DSLR. malah adakah logik untuk kita membawa ke hulu dan ke hilir pemain DVD dan peti televisyen semata-mata untuk melihat cerita wolverine bersama dengan rakan-rakan sambil lepak di kedai mamak? iphone boleh dan kau boleh sangkut di leher. Burung merpati juga sudah tidak banyak yang pandai mengutus surat seperti zaman-zaman dulu, posmen juga sudah banyak yang korup dan membuang surat-surat yang perlu di hantar ke dalam semak, setem juga mahal dengan gambar yang tidak menarik melainkan gambar porno sahaja yang menarik, kerana itu, kita semakin malas untuk menulis dan berutus surat. iphone boleh SMS dan MMS dalam masa 2 saat. (itupun kalau kau juara speed master)
Dek kerana semua kesukaran yang wujud hasil daripada teknologi terdahulu, maka manusia semakin kecewa dengan barangan2 itu kerana tidak mampu untuk memenuhi tuntutan semasa meraka. Justeru, mereka malas untuk menggunakan barangan2 itu. Steve Job dah bertambah kaya..kerana manusia malas.
eBAY.
Pierre Omidyar kaya raya kerana manusia malas.
kita sudah tidak rajin untuk pergi ke kedai. lebih gemar shopping secara atas talian. jimat masa. tidak perlu bersesak - sesak dan tersangkut di traffic jam. malas juga untuk keluar dan beratur di kaunter bayaran melainkan petugas kaunter bayaran @ disebut cahsier adalah perempuan seksi. Sama situasinya, perasaan malas akan timbul bila ada kekangan. Kasut nike limited edition hanya dijual di pasaran US, tidak ada di kedai kasut Malaysia. Tapi di eBAY kau boleh dapat.
tapi aku masih rajin untuk ke kedai. kerana budu tidak ada di jual di eBAY.
tuhan bagi ilham.. rupa-rupanya malas adalah bapa revolusi. boleh mendatangkan kekayaan. boleh mendatangkan keberjayaan.
aku akan lebih malas.
supaya aku dapat mencipta sesuatu.
mungkin kedai porno virtual.
nota:
prolog adalah salah satu bahasa pengatucaraan. yang menggunakan konsep predicate calculus.
cetus (X,Y) dibaca X mencetuskan Y. dalam bahasa manusia bumi yang normal, malas mencetuskan berjaya.
Wednesday, May 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 sinikal:
orang lain yang malas, orang lain yang berjaya...
mahu ubah 'saya yang malas, saya yang berjaya'. akan berlaku (optimis).
teruskan bermimpi
tanpa mimpi, orang malas tidak akan berjaya
gitukkk!!!!
ahahaha...gua pun lu tak kenal syak..
aku rasa nak nanges..
tapi aku tahan,aku tahan syak..
kah3...
ni ayet la oit... :)
BBC....
tak ingat jugak,gua tak tau r..
a.tra > haha ! saya akan quote kata2 tu
ayet > oiiii kawan! lama x jumpa seh. bagus dowh ko buat kerjakosong.net tu. aku sokong! pastikan web tu ada lagi masa aku grad nnt. senang nak cari kerja! heh. katmana?
pipu pipu...hahaha..aku saja-saja ja wat tu,supervisor aku yang wat,aku hias2 je..kah3....baik boh....
aku keja penang n ie,,
tapi kemungkinan besaq,bulan tujuh ni aku sambung belajaq..
marilah bersama-sama..hehehe
syak,ada ym??
add aku...
ayet_666@yahoo.com.my
aku on9 ketika bekerja,,iaitu
kamis,jumaat,dan sabtu,hehehehe
Post a Comment