masih dalam mood menyerahkan seluruh jiwa dan raga pada tempoh peperiksaan.
pagi.petang.siang.malam.
sekejap cuma aku rasa.
dalam kesibu..
sekejap.
mahu saja tertanya pada ayat sendiri.
"seluruhkah jiwa dan raga ini pada tempoh untuk menelaah?"
terkadang jawapannya ya.
dan terkadang jawapannya tidak. bukanlah aku seorang yang tidak mengenal diri sendiri dan skeptik pada perkenalan terhadap roh dan jasad. namun ada masa dan ketikanya. aku tidak tahu samaada kenalkah aku terhadap mamat yang menginap dalam kulit ini .
memang begitu pon.
beberapa hari rasanya. mengadap . berbincang . bergaduh . dan bercakap soal artificial intelligence. ilmu yang besar dan luas itu coba untuk aku dan beberapa kerat teman yang semakin rapat di kala penghujung semester ini, menyelongkar dan menggali seberapa yang dapat.
ada ketikanya kami gembira.
ada saatnya kami .. diam seribu bahasa mencari punca dan solusi. heh. coba untuk menyelesaikan beberapa persamaan yang agak dikira sukar dan payah.
tapi itu nikmat. bagi aku. dan bagi kami.
perkataan 'struggle' memang tidak lepas dari lopak ingatan dan tertanam seawal beberapa minggu lalu. namun struggle kah? ada kala jawapannya ya. dan ada kalanya ..jawapan tidak.
kertas yang satu ini. memang tinggi expectationnya (aku). mahu sahaja aku skor. namun skorkah aku? kembali pada persoalan yang sama. seronok ada tikanya melayan subjek sebegini. membuatkan terfikir. walaupon aku tidaklah pemikir yang tegar. malah hampirkah aku pada perkataan pemikir? heh.
masih jawapan yang sama. .
ada satu teori yang aku gemar dalam ilmu ai.
inductive reasoning mengatakan bahawa kita boleh untuk menggunapakai beberapa kes, dijadikan sebagai asas dalam membuat keputusan / kesimpulan dalam semua kes yang berkaitan.
aku pahamkan dalam bahasa aku..minoriti boleh memberi keputusan dan membentuk keputusan / kesimpulan majoriti.
realitinya.
minoriti hanyalah minoriti !!
dipijak. disepak. dan dikambus. *shit!
ini. malam terakhir. esok kertas artificial intelligence.
dapat call..
member : wei..tengok wayang?
aku : citer apa ? (mula goyang)
member : wolverine
aku : ok set. midnite movie kita !
member : set. cool.
-maderfakerkah aku?-
hahahahahahahahahahahahhhhahahaahahhahahahahahahahhaa.
Friday, May 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sinikal:
Post a Comment