Wednesday, April 29, 2009

cubajayadancubakalah.

pecah kepala.

ataupon dalam englishnya broken head. (broken english pula aku rasa istilah ni bila aku terjemahkan ke dalam english. namun apa yang hendak aku sampaikan bukanlah berkenaan dengan broken english mahupon penggunaan bahasa yang tidak betol dalam pertejamahan perkataan melayu ke english, tapi adalah berkenaan dengan gejala pecah kepala. broken english dan broken head adalah sesuatu yang berbeza. broken english tidak melibatkan aku rasa hampir menjadi mental atau migrain, namun broken head adalah sebaliknya, ia mampu untuk membuatkan aku merasa nikmat apa itu denyut - denyut nadi dan sakit saraf di kepala.)

fenomena yang aku rasa melanda semua manusia. bukan sahaja pada golongan bangsawan, hartawan, dermawan mahupun negarawan.. malah melanda dan dirasai juga oleh makcik-makcik kantin, makcik cleaner dan juga bai di kedai hakim atau khulafa seksyen 7.
walaupun bai di kedai hakim pekerjaannya cuma membuat kopi panas dan teh o nipis untuk pelanggan, mereka juga tidak terlepas dari dihinggap gejala ini. gejala pecah kepala.

bro : "apa...kau ingat senang ke nak jadi pelayan macam bai ni?"

aku : "entah,..aku rasa macam biasa jer.." (sambil makan roti canai telor)

bro : "payah gak dowh.. ko nak kena layan ragam pelanggan.. macam2 hal dia orang ni.."

aku : "..owwhhhh... (sambil beraksi seperti berfikir).."

bro : "..kadang2 mahu pecah kepala dia orang ni tahan kerenah pelanggan.."

(teringat aku perbualan dengan seorang kawan sewaktu masa dahulu.)

tanpa diduga dan diminta..ia akan datang.

jadi kenapa?
entahla.

maaf.
terlupa dan sengaja aku biarkan korang berimaginasi sendiri sebenarnya.
pecah kepala bukanlah bermaksud kepala kau pecah dan keluar segala isi tengkorak dan mengalirnya darah mebuak-buak seperti drama bersiri numbers bila Don Eppes terlibat dalam sebuah kes bunuh dalam salah satu episod yang aku tidak ingat. namun adiknya charlie eppes berjaya selesaikan kes tu dengan hanya menggunakan teorem pitagoras. (bijak kan?) aku suka.

baiklah maaf.
pecah kepala sebenarnya hanyalah sebuah perlambangan kepada gejala kau rasa ketepuan, kebuntuan dan kegelapan hasil daripada ketidakberjayaan kau menyelesaikan sesuatu situasi mahupun perkara yang kau hadapi. contohnya latihan tatabahasa dan imbuhan subjek bahasa melayu masa sekolah rendah. aku selalu keliru antara 'dari masa ke semasa' dan 'dari semasa ke semasa' dan 'dari masa ke masa'. cikgu aku kata, frasa yang pertama salah sama sekali, alasannya ialah bila kau dah guna 'masa' untuk yang didepan, maka yang kat belakang juga kau kena guna 'masa', sama juga bila guna 'semasa' . tidak boleh mecampurkan 'masa' dan 'semasa'.
namun aku pecah kepala bila berjumpa ayat - ayat dan orang yang masih mencampurkannya, terutama dalam drama.

pecah kepala bukanlah kau dapat secara mudah (aku rasa).
namun pecah kepala adalah hasil yang kau dapat bila kau explore sesuatu benda yang kau rasa payah dan sukar pada mulanya.
kau cuba.
kau cuba.

dan ...kau tetap cuba setelah sekian lama mencuba.
dan...akhirnya...............................................................kau tetap kalah.
ketika dan saa inilah....kau akan rasa gejala pecah kepala.

kau kalah dan tidak dapat hasil yang kau impikan.
namun satu hasil yang kau terlepas pandang.
nikmat sebuah kepecahkepalaan.

puas mencuba.

-kau rasa pecah kepala x?-
-aku rasa tidak-
-kau?-
-aku rasa kau pon tidak-
-kalau ya?-
-nikmatilah nikmat itu-

'tiba2 dapat mesej pagi ni.."assalamualaikum, present projek database ditunda kepada 5 hb 5.."..'
tuhan masih bagi masa..asalkan kita tidak berhenti mencoba..

yehaaAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!
boleh siapkan projek database ;)

If you want to make enemies, try to change something. - Woodrow T. Wilson-

2 sinikal:

tra said...

pecah kepala aku baca entry ko.

tehOnipis said...

saya pon pecah kepala tulis entri ni