Sunday, November 23, 2008

mencha......ri jalan phu....lang

>>tidak kenal.

semakin hari.. yang berganti hari aku rasa...aku makin tidak mengenal siapakah sebenarnya yang berada di bawah kulit ini. cuba untuk mencari dan bertanya. tapi bertanya kepada siapa?

kalau aku ajukan soalan siapakah sebenarnya yang berada dalam aku. sudah tentu aku dicop biol. paling kurang pun sengal.

kalau aku cuba untuk mencari. hendak disiat dan dilapahkah kulit ini? semata-mata untuk mencari siapa sebenarnya yang menyorok dalam diri. tentu sakit. dan meraung. *..baik lupakan niat yang ini...giler

22 tahun rasanya. hidup bersama dia nih. aku ingat..aku adalah dia. dan dia adalah aku. aku dan dia.... adalah satu entiti yang sama dan serupa, mengalir darah yang searus. rupanya tidak.

sejak semenjak dua menjak ini... persoalan-persoalan yang membiulkan seakan berlumba menerpa kearah otak ku sehingga tak tercapai dek akal ku. *..(elyana?? owh tidak. shit).

>>orientasi.

perkataan yang mudah tapi menyukarkan. mudah kerana ia tidak memerlukan aku menggunakan tenaga empat kerat untuk menyebutnya. dan menyukarkan kerana ia berjaya menyerabutkan saraf minda.

orientasi yang menimbulkan soal...... kemana aku? apa yang dicari? apa yang aku nak ? dan yang paling penting... apa yang aku nak jadi sebenarnya dalam hidup ni!?

tidak tahu.

dan..masih tidak tahu.

ada kawan kata... "kau xpayahlah nak hipokrit"... "dunia kau sebenarnya bukan apa yang kau ada sekarang" "aku dah pernah nampak diri kau yang sebenar " "jadilah macam dulu"

tapi..itu dulu. jawab aku.

dan sekarang.. aku mula untuk percaya kata seorang kawan itu. ruginya. menghabiskan masa selama hampir setahun lebih ++, hidup semata-mata untuk menjadi 'orang biasa'. kononya.

tanggapan aku. 'orang biasa' juga punya life yang seronok...sempoi. kedai mamak, kuliah, lepak2, main poker, main internet....bla...blaaa...... itu juga life. tanggapan aku juga...untuk bertumpu pada buku *..warghh.....fuck.

tapi kerana tanggapan dan aliran pemikiran yang semacam itulah..membuatkan aku.. jadi loser. seekor semut yang hidup dalam dalam sebatang ranting kayu rapuh dalam sebuah hutan tebal. kenapa tidak terus meneroka hutan yang tebal itu? memilih untuk hidup dalam dunia yang kecil. (bodohnya).

>>kembali.

ke tempat yang menjadi guru..suatu masa dulu. Dungun. agar mendapat roh dan jiwa yang lama itu. mencari semangat yang lama...

walaupun ada yang seakan skeptik terhadap keinginan ini. tidak mengapa, itu cabaran. kerana aku adalah aku yang mereka kenal dalam tempoh setahun lebih ini. bukan aku yang pernah hidup sebelum tempoh itu. ya..tidak perlu untuk mengungkit sejarah untuk meyakinkan orang lain. kenapa tidak membuktikan apa yang aku dapat beri sekarang..? itu juga cabaran.

masih dalam mood menyesuaikan diri.

yang penting aku..masih dengan dunhill dan terkini.. rokok balut cap Harvest.haha.

doakan aku.


Sunday, November 9, 2008

aweks : abang, merokok x?

Panas dan petang.

selepas berlegar - legar tanpa arah tujuan yang agak konkrit di sebuah shopping complex, aku tiba-tiba, terasa nak minum. Memandangkan keadaan cuaca yang agak panas , sehinggakan aku rasa.. wajar untuk aku ketika itu menanggalkan baju dan berlagak seolah-olah sedang berpiknik di tepi sebuah pantai, Pantai Port Dickson contohnya. Namun segera aku padamkan idea yang agak radikal itu lantaran kesannya mungkin buruk. dan mungkin juga aku akan dituduh tidak siuman dan mungkin juga ditangkanp oleh pegawai keselamatan kerana membuka dan menangglkan baju di khlayak ramai. *..astaga, gilanya imiginasi ini

Selepas beberapa lama menaiki...membonceng, erh...konfius, mungkin juga menunggang motor , sampai di sebuah kedai lepak. Macam biasa , ayat yang agak klise dan sebati dengan mulut, "chaaa...teh tarik satu". + roti nan.

Nasib baik ketika dan saat itu, aku melepakkan diri bersama kakak aku, yang mana selepas itu aku secara sengaja memaksa dia untuk menggunakan permainan mata dan lentok tubuh... kerana aku ... secara dungunya telah menyebut nama makanan yang salah sedangkan aku berkehendakkan makanan yang lain.

aku : bai....roti pita satu.
bai : okey, sikijap aaaa....

5 limint ++ kemudian..

bai : dey... siap.
aku : (terkebil-kebil)

kakak : kenapa?
aku : bukan roti ni la....
kakak : yela! roti pita kan? tadi u order.

aku : (terkedu). roti yang saya nak tu..warna putih la.
kakak : tu roti nan la... baghal!

aku : eh..la... yela, tadi kan saya sebut roti nan. ?????
kakak : (muka menyampah)

kakak : hmmmm.....bai, dia dah salah order laaaaaa.... boley tak u tukar, yang ni cancel la. sorrryyyyy...

bai : xboleyyyyy...
kakak : boleyyyyy laa...

bai : xboleyyyyyy..
kakak : kenapaaaaaaa...?
aku : (tiba-tiba teringat iklan u-MOBILE kat tv3 semalam.... *..bengongya situasi ketika ini)

bai : laa...ini saya sudah kira.
kakak : boley laaa...... (sambil membuat muka kah....si..han, bajet memujuk)

bai : okey la...okey la.
aku : fuh...dapat gak makan roti nan.

selepas beberapa ketika, aku ke kaunter, niatnya nak bayar. tiba-tiba, dari jauh sorang aweks tu senyum. Pakai baju merah dan topi merah. "eh,,ni pehal plak senyum-senyum ni"

sampai di kaunter, aku bagi resit kat macha tu. aweks tu senyum lagi. "oiii..ni dah kira bagus". Tapi takla ayat tu aku tuturkan di mulut, sekadar suara dari dalam. dan tiba-tiba, aku berpendapat yang aweks tu... mungkin nak berkenalan. Tapi kenapa? Cuba mengimbau muka-muka budak fakulti aku... xpernah nampak plak aweks ni.

atau mungkin juga...aweks ni, kawan aku kat friendster. ya..mungkin..! Tapi, aku bukan aktif sangat pun kat situ.

Atau.... aweks tu..

arghh..... dilema nya.. siapakah aweks yang masih tersenyum tu. Aku mula konfius, dan juga gembira. Gembira sebab dia senyum, dan konfius sebab kenapa.

aweks : er...hai bang.
aku : hai. ye kenapa?

aweks : (tersenyum)
aku : (tersenyum) (lembutnya suara, rasa macam nak je ajak pergi karoake)

aweks : abg merokok x?
aku : x. kenapa? (tah kenapa aku tiba-tiba keluar perkataan x) * ...duh

aweks : owh..bagus la.
aku : ye.. (bangga) kenapa tanya?

aweks : hmm..xpela.
aku : (skeptikal) ada apa?

aweks : sebenarnya saya promoter marlboro, kita ada keluar yang baru, nanti kalau nak cuba, boleh beli. dan. blaaaaa.....blaaa....blaaaa.... (weks tu explain.)

aku, selepas beberapa ketika, terus balik rumah tanpa menoleh belakang.