*..topi kura-kura.
*..lambretta buruk.
*..dan EPL.
beberapa hari yang lepas dan berlalu.
lepas mandi dan berMaghrib sorang diri dalam bilik yang aku rasa sejak akhir-akhir ini bagaikan sebuah tongkang pecah , aku dapat sebuah mesej dari seorang kawan yang mental,
"..oi....jom layan Man U main, game dah start"
tanpa membuang dan melengahkan masa, walaupun pada hakikatnya aku memang sudah sebati dengan sikap dan sifat yang tersebut, namun dalam beberapa soal, contohnya EPL ni , aku jadi seorang yang berprinsip (*..duh...tak layak rasanya perkataan ini untuk aku).
tengah khusyuk memandu motosikal cap Lambretta buruk aku, tiba-tiba lintas seorang Ane.. (sebagai catatan, Ane di atas merujuk kepada panggilan yang biasa diguna pakai oleh semua kepada seseorang yang berbangsa India, atau lebih sedap guna ....."Machaaaaaa"... atau ..."Chaaaaa".. dengan sedikit nada sengal/sengau dan biasa dipraktikkan dalam ayat dan situasi seperti..... "chaaaaa...teh tarik satu!..").
Ane tu tunjuk ibu jari ke arah aku, member aku yang mental tadi ada di tempat duduk belakang tersengih. aku pun senyum ke arah ane. dia juga senyum dan berlalu pergi dengan van dia.
Itu....situasi dan panorama biasa setiap kali aku memandu tunggangan klasik Merah Putih milik aku. *rasa macam artis pulak bila ramai orang senyum dan angkat tangan, majoriti orang2 lama yang dah beruban dan berkedut kulit.
Situasi itu.... yang aku rasa, adalah satu-satunya situasi yang lari sekejap dari kelaziman aku untuk dua...tiga minggu ini. Mencuri masa sekejap untuk "bergila-gila" selepas berhabuk dan berkarat dengan tugasan, projek dan report...
Argghhhhh....
Persoalan.
kenapa lazimnya apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang.
walaupun hakikatnya kita punya kuasa dan tenaga untuk mencapai matlamat.
walhal kita bukannya cacat dan terhalang untuk melakukan apa yang dah dirancang.
namun tetap juga tak berjaya untuk dicapai.
aku bengong, dan mula................................................skeptikal.
ya. hakikatnya aku mengaku, kita manusia dan bukannya Maksum. Tapi timbul pula persoalan "kenapa orang lain boleh survive...tapi payah untuk aku?"
aggggrhh....
Teori "usaha tangga kejayaan" sebenarnya juz like piece of s***.
Mereka bukan berusaha realitinya, (ada segelintir yang betul2 berusaha...cuma 2 ...3) . Most of them... cuma copy and paste apa yang orang lain sudah buat dan olah dalam bentuk baru.
Tapi...itulah kebenaran, mereka - merekalah..... yang berjaya survive.
Anti-kelaziman.
Aku mungkin tergolong (atau aku syok sendiri) dalam frasa dan kelompok ini. Disebabkan tidak suka dan gemar "mengambil sesuatu yang sudah ada dari usaha orang lain", aku pada setiap kali penghujungnya mencium bumi.
Kadangkala.... tanpa disedari.. aku terdorong untuk bersetuju dengan falsahah
"yang penting...ko dapat markah tinggi, grade tinggi dan cgpa tinggi, bagaimana kau capai, itu terpulang"
*..f***.
tiba-tiba..aku terbayang, kita sebenarnya diapungkan oleh TUHAN dalam sebuah ruang VAKUM.
Terawang-awang ..
Tergantung-gantung ..
Bergantung kepada diri untuk terus survive.
dalam ruang vakum ini...
Matlamat dan Prinsip... adalah dua unsur yang bertentangan.
Bagi sesetengah dari mereka.... yang penting matlamat tercapai, prinsip itu subjektif sehingga kau boleh pijak-pijak.
Bagi sesetengah dari mereka.... prinsip kau fleksibel, kadang-kadang kau pegang, dan.. kadang-kadang kau baling dan campak bila matlamat seakan payah untuk dicapai.
Bagi aku..........?
adios! haha! (dibuat-buat ketawa)
jangan baca entri ini. ianya catatan seorang loser yang konfius dengan kelangsungan hidup dan erti sebuah survival.
-selamat berfinal exam kawan-kawan-
Wednesday, October 29, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)