Saturday, August 30, 2008

merdeka ke aku?

pagi ini.

celik mata, rasa macam awal lagi. pejam balik. meraba-raba hp aku, "eh laa... dah pukul 11 pg".

aku rasa... hari ini macam tak de tujuan hidup aku. tidak bermotif. dan sia-sia. Kerana kebiasaannya, aku bangun dengan bermatlamatkan satu..untuk ke kuliah. Rutinnya, aku akan bangun dengan penuh kelam kabut. Mencapai apa yang sempat dan terus ke bilik air.Tapi tidak hari ini. Matlamat itu walau aku usaha sekeras mana pun, aku tidak akan dapat capai. Bukan kerana aku tidak berpendirian. Tapi oleh kerana hari adalah hari cuti. Kuliah xde. Jadi tidak perlu untuk aku bermatlamtkan yang satu itu (..duh!)

*Duduk di kerusi.
*Termenung
*Bermonolog

Aku on laptop. Membuka file sistem yang belum siap. Dengan harapan untuk mengemaskini barang sejam dua. Tapi setelah 30 minit meng'edit' itu dan ini. Aku off kan laptop. Tiada guna. kerana fikiran aku bukan di sini buat masa ini.

Pagi ini.
30 ogos 2008.

esok merdeka?
ya...esok hari merdeka la tolol (kata aku bersendirian) .

Tiba-tiba terlintas ayat yang aku baca dan kerap jumpa sepanjang bulan ini, "Perpaduan Teras Kejayaan". Bila mengingati ayat itu, aku kosong. Tiada perasaan. Tiada nilainya pada aku dan membuatkan aku rasa....macam....feel like a s***. Bukannya tidak patriotik dan antiKebangsaan. Tapi kerana ayat itu membuatkan aku terfikir

"aku dah ada tema hari merdeka ke untuk diri aku?"
"apa matlamat aku ?"

Bila pikir - pikir. Aku teringat soalan2 yang diajukan oleh kawan2.

"weiiii....tahun ni sambut merdeka katne?"
"wei...jom KLCC nak?"
"hallo bro....nak celebrate merdeka katne ni?"
"..jom sunway nak? ada bunga api"
"..aku nak gi KLCC la, sempoi sikit, dataran macam xbest"

bunyi yang agak menarik. apa jua aktiviti yang berbentuk enjoy, memang pun menarik.
Tapi aku tak tau la...kenapa tahun ni, dengan tiba-tiba aku rasa ayat2 tu macam...
...what the f***?!

Kenapa kita (normalnya) akan berebut-rebut dan kecoh untuk memilih tempat ? Kenapa kita perlu meninggalkan bahagian yang paling penting yang menjadi roh kepada pengisian kemerdekaan iaitu.. "penghayatan"

(ergh...sedikit jijik bila orang yang macam aku boleh keluarkan baris-baris ayat di atas, mirip pejuang dan tok menteri, heh)

Tanpa disedari. aku masih duduk lagi di kerusi dalam bilik aku dan mengadap laptop yang telah aku off. Memandang dinding dan terlihat lirik "Made in Malaysia" yang aku print semalam dan tampal di dinding. heh..itu perkara pertama yang aku buat sebagai tanda aku sambut merdeka tahun ini. menghayati lagu Root n Boot.

Apa nak jadi dengan aku ni??
Umur dah meningkat tapi hidup belum tentu stabil.
Banyak benda yang ada di kepala...tapi tak tercapai-capai lagi.
Disiplin? hampir xde.
Prinsip? ada...tapi kadangkala aku pijak2 dan lupakan....
Masa? pengurusan masa hidup aku memang punah ranah.
Usaha? ada...tapi sekelumit cuma.

arghh...aku belum merdeka rupanya!
Masih gagal untuk keluar dari zon selesa.
dan aku telah mengambil keputusan.
aku akan sambut merdeka juga pada tahun ini.
tapi dalam bilik.
biar tidak dilimpahi cahaya bunga api sekalipun.
cukup sekadar ditemani buku pak samad

Apa yang dihasrat
Tapi tak dapat
Adalah nikmat
Yang paling padat

-tinggalkan seketika dunia hipokrit-

Thursday, August 28, 2008

siot, salah ..! (cibai, ^%$^%$)

tgh hari itu.

aku lepak di sebuah foyer di sebuah fakulti. (fak aku).
perut dah isi pagi tadi.
rokok dah isap sebatang tadi.
hari nak hujan.

*lepak
*main tenet
*cari bahan
*tengok gambar hawwwtttttt (hehe)

lama jugak aku di situ. macam biasa, loser, keseorangan, hanya ditemani oleh rakan-rakan setempat yang aku tidak dikenali secara mesra. kadang-kadang aku terfikir, "ishhhh....gila ke apa bebudak ni, 24jam peluk usung buku tak berenti2, mesti penuh jer foyer" (aku bermonolog)

gerun aku dibuat oleh cara hidup mereka. study maut. maut lah sampai study. aku rasa... (tiba-tiba terfikir) istilah study maut tu idea asalnya adalah daripada falsafah "belajar sepanjang hayat" yang membawa maksud belajar sampai ke liang lahad. lalu diubah dan diolah dalam kata yang lebih segar dan sempoi oleh bebudak lantas lahirlah ertikata "study maut".

(tengok jam).... dah pukul 12.15pm. aku mula mengemas2 barang dan perkakas tidak berguna yang aku sepahkan di atas meja. menyumbat ke dalam beg hitam. berjalan untuk ke kelas. aku terpandang lif yang berada di depan pejabat pentadbiran sekilas lalu, "heh...buang masa" kata aku kepada diri sendiri.

tidak tahu mengapa. sejak dari awal aku ke sini, memang payah dan liat untuk jejak kaki ke dalam lif. bukannya tidak sukakan teknologi.aku rasakan tempoh masa seminit dua menunggu lif macam beratus puluh tahun.

Melangkah menaiki tangga. sampai level 2. huk alohhh...ramai pulak bebudak hari ni. aku melepakkan diri sambil berdiri di tepi beranda. berlagak seolah-olah menikmati keindahan langit mendung. pandangan kosong ke arah atas.

aku mengintai2 ke dalam makmal komputer, "ishhh...ramai lagi, lambatnya kelas diaorang habis"

budak2 kelas aku plak, sorang pun tada nampak. ponteng ker?? x aku rasa, tapi dah pukul 12.32pm. Puan pun xdatang lagi. ahh..lepak la dulu, kejap lagi la tu mai.

tiba-tiba, sorang awek lalu. buka loker. ambik barang. dan berlalu pergi. aku diam. boleh tahan jugak! haha.

tik..tik...tik.... 12.40pm. eh...apsal aku rasa macam..arghh..aku rasa macam pelik.
keluarkan file dari beg, dan tengok time table. MK11, tertulis di situ. aku tengok pintu itu, MK08. mana ni? mana ni? mana ni? aku rasa cam nak maki2 diri sendiri. salah level!

berjalan pergi dari situ, berpura-pura macam mencari seseorang. malu ker aku?? entah,xtahu! patut la bebudak tadi pandang aku semacam.

[aku rasa...saraf ingatan aku... makin hari..makin berkurang."nyanyok..sebelum 50?" arghh...tidak! ]

Tuesday, August 26, 2008

rm 5.90

nasi goreng kampung + teh o panas.

malam itu pada suatu hari,
di suatu kawasan yang di luar kebiasaan aku,
dan di sebuah kedai yang belum pernah aku jejaki,

dengan ditemani 3 orang kawan,
aku, kawan2 aku itu dan kami melepakkan diri.

[ "eh apa aku buat ni" aku rasa tadi aku kat rumah. bertuala dan memegang sebatang berus gigi. tapi sekarang keadaan nya lain. aku bukan lagi di rumah. aku siap berpakaian ala-ala sahsiah rupa diri dan duduk menikmati wifi percuma. (sori, tiba-tiba aku blur sewaktu menulis entri ini. *bengong) ]

baiklah, berbalik kepada cerita malam itu. aku memutuskan untuk menjamu diri aku dengan sesuatu yang agak lain. sesuatu yang aku harap dapat lari dari zon selesa aku. Lalu aku memesan sepinggan nasi goreng kampung dan nescafe panas.

sambil menghisap sebatang suria , kami menunggu pesanan yang belum tiba. dan sambil-sambil melihat gelagat orang di sekitar. semuanya (aku, dan kami) selesa melihat persekitaran yang sebegitu. dan teruja (haha). dan sekali sekala, diselitkan dengan dialog antara kami

"weiii....fuhhh..boleh tahan jugak"
"alamak.....mantapnya"
(sori kalau kedengaran agak tolol, tapi itu memang antara dialog biasa kalau budak2 jantan lepak) *..duh! (aku pun)

kami makan.
kami minum.
kami bayar.
dan kami blah

aku kira..tanpa dirancang dan disedari, aku mengikut kawan2 ke sebuah kedai runcit. "kena beli makanan weii..nanti kita nak tidur lewat ni, banyak keje, banyak benda nak semak.." kata mereka.

jajan-jajan yang disusun di rak tidak menarik minat aku, dan tidak langsung membangkitkan nafsu ghairah aku.............(untuk makan la, *bengong) . tapi aku pon tidak faham kenapa kita lebih mudah untuk berfikir ke arah "itu" bilamana berhadapan dengan istilah "nafsu ghairah". mungkin perlu ada satu usaha untuk merevolusikan cara pemikiran kita dengan mempositifkan definisi kata nama atau perkataan yang yang berbaur lucah. tapi sudah tentu Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan...*apa yang aku merepek ni??? *bahalol.

sori. semula. jajan-jajan itu memang tidak menarik pun. aku terpandang sebotol 100% plus. kegemaran aku. agak selalu aku beli dan minum. lalu mencapai sebotol di dalam peti ais dan beratur di kaunter.

tiba-tiba..
aku terlihat sesuatu yang bakal merubah pendirian dan prinsip aku pada ketika itu. dan yang lebih menakutkan lagi. apa yang aku lihat itu bakal mengubah keputusan yang aku telah buat. iaitu keputusan untuk membeli 100%plus.

antara kedamaian dan kekacauan..aku tentu memilih kedamaian.
antara kenyang dan lapar...aku tentu memilih lapar.
antara berjaya dan gagal...aku tentu memilih berjaya.
dan antara 100%plus dan 'benda itu'...aku rasa aku PERLU memilih benda itu.

(membuka dompet dan mengira duit, laa...ngam2 rm5.90, xtinggal sekupang pun)

aku berdiri.
berfikir.
dan membuat analisa yang ringkas.
lantas meletakkan kembali 100%plus di atas peti ais krim, dan berkata :

"hmm...kak, dunhill 14 satu" sambil jari telunjuk aku mengarah ke arah sebuah kotak merah.

dan malam itu..aku puas, bertemankan sekotak dunhill. sambil mengadap laptop di sebuah bilik di sebuah negeri.

haha. hidup ini memang gila! (adakah aku silap?)
masih tertanya.

Friday, August 22, 2008

loser : aku : ruang

aku rasa.

baru hari ini aku keluar kembali ke dunia luar.
melihat-lihat di sekitar yang aku rasa agak indah dan permai.
sambil melepakkan diri di port biasa bertemankan sebuah laptop & segelas teh o nipis.

setelah dua hari bergelumang dengan udara dan habuk rumah aku.
seoalah-olah cuba untuk memisahkan jasad dan dunia luar.
(aku lebih suka begitu).
(mengadap line2 coding di dalam gelap bilik, hanya diterangi cahaya biru laptop cooler).

bukan untuk bersifat seperti memencilkan diri. dan bukan juga antisosialis.
aku rasa.
kadangkala.
dunia ini.
adakah sedikit ruang untuk makhluk yang bernama 'aku'?

aku berpengalaman...
beberapa hari yang lalu..
seorang mamak tu(pelayan), datang menghampiri aku sewaktu aku berkemas2 mahu chow dari tempat duduk aku. bertanyakan :

mamak : ini sudah bayar kaaa?
aku : sudah.
mamak: ini teh o limau kan? itu kue teow goreng basah. (sambil menulis harga di kertas putih)
aku : kan saya dah kata tadi, dah bayar la. kawan saya bayar tadi.
mamak : tapi itu.....teh o nipis? (sambil menunjuk ke arah gelas kosong di atas meja aku)
aku : laaa.... sudah bayar la bai. semua sudah bayar. (sambil dahi berkerut & sedikit panas)

kejadian itu.. membuatkan aku terpikir. nampak jahatkah aku? jahat sehingga sanggup untuk menipu dan lari dari membayar harga teh o + kue teow. (hinanya).

aku berpengalaman...
duduk sorang2 di kedai mamak.
*minum sorang2
*lepak sorang2
*maen internet sorang2
*senyum sorang2

...tatkala orang lain mejanya penuh dengan rakan2.& aweks-aweks. penuh dengan gelak tawa. dan xlepas dengan cerita kau dan aku.
& sudah tentu...orang sekeliling akan pandang aku semacam. pandangan seolah2 aku ini adalah loser . menenung aku atas dan bawah.*biasanya geng2 aku menggelarkan orang yang selalu sorang2 ni...loser. heh.

kejadian itu..membuatkan aku terfikir. pelikkah aku melepak sorang2? tidak bertemankan sesiapa. loserkah aku?

"...bila ramai kawan, keliling pinggang..
...cakap besar tunjuk belang...
..tapi bila sorang2..
..penakut pengecut, macam semua orang.."
-butterfinggers-


aku berpengalaman...
disindir.
dijegilkan mata.
dimarah kaw-kaw.
hanya kerana aku memberitahu :

"encik, burger encik akan kami hantar 5 minit lagi, encik boleh duduk dulu dan ini minuman percuma encik, thank you,enjoy your meal and come again(sambil senyum)".

kejadian itu...membuatkan aku terfikir. layakkah mereka untuk memarahi aku (dan kadangkala 'marah' itu layak untuk aku kelaskan sebagai 'maki'), hanya kerana mereka bergelar customer?
hanya kerana aku seorang kuli biasa. hanya kerana mereka tax payer.
(hinakah aku di mata mereka)

aku berpengalaman...
suatu masa dulu..
didiskriminasi.
dilayan tidak setaraf.
dipandang pelik dan dipandang rendah.
dituduh fanatik agama. (walaupun aku tidak langsung berperwatakan sebegitu.heh)

hanya kerana aku berasal dari Kelantan.
aku terfikir... salahkah aku berasal dari sana? bukankah kita sama2 Malaysian?

& aku terfikir...
adakah sedikit ruang di dunia ini..untuk aku?

&...tiba-tiba, terlintas kata-kata.."p..e..r..g..i m..a..m..p..o..s! dengan mereka". yang penting, aku mahu belajar lagi.tunggu sahaja masa akan datang.

*.....duh! (aku selesa begini.)
aku akan kembali menulis di ruang yang lama dgn genre yang aku suka. sedikit masa lagi.

Wednesday, August 20, 2008

aku mahu pulang!

"tut...."

"...halloooo,gud mornin' Malaysian..." (kata Naz sebagai hos rancangan Breakfast on tv7)

aku menekan butang TV di hadapan ku sebaik saja menyelikkan mata setelah semalaman tidur dan ditemani oleh beberapa siri mimpi yang agak aneh.

x tahu mengapa. sejak semenjak dalam dua menjak kebelakangan dan akhir2 ini, aku sering didatangi oleh mimpi2 yang sedemikian rupa dan berupa sedemikian. bukan setakat sekali dua, malah berkali-kali dan lebih dari sekali. (tatabahasa "berkali-kali sudah tentu memberi makna sesuatu keadaan yang melebihi sekali *..duh!)

seingat aku...
aku tidak pernah bermimpi seakan mimpi2 ini sebelum ini. Tidur malam aku sebelum ini hanyalah ditemani mimpi2 basah (sori...sedikit
jijik tapi ini normal kerana setiap kali aku bermimpi, aku akan berpeluh dan peluh2 aku itu menyebabkan belakang tubuh aku basah &...istilah 'mimpi basah' itu bukanlah merujuk kepada mimpi yang ada unsur2 18sx, 18PL, dan yang selayak dengannya, *bengong* aku bukan gila sex)

baiklah...
aku terfikir sendiri
.

cuba untuk mengkaji kenapa aku bermimpi sedemikian rupa.
agak puas juga aku mencari sebab musababnya, dan puas juga aku cuba mengaitkan dengan bermacam benda.namun aku xtahu mengapa mimpi itu datang...& tetap datang dalam lena tidurku.

watak-watak yang agak familiar dalam hiudpku suatu masa dulu di zaman persekolahan rendah dan menengah, menjadi watak utama yang muncul dalam mimpi malam aku.

ada beberapa watak.
sori..sebenarnya banyak watak.
semuanya kawan2 aku yang karib dan x karib di zaman aku memakai baju biru, seluar putih, kasut hitam dan songkok (huh? songkok? baikkan aku time skolah? haha..*giler!) .

tapi yang hairannya watak2 zaman aku tadika abim tak pula masuk dalam mimpi aku setiap malam. pelik?? mungkin dia orang tengah uji bakat. uji bakat?? nak jadi watak dalam mimpi pun kena uji bakat? *..bengong! *.. (aku bermonolog)

betul.
aku bukan main2.

"ini betol - betol "
"bukannya cobaan"
"alaaaa......eheee.....heeee..heee..hheeee"
(tiba2 skrip pendekar Mustar itu melintasi saraf di minda ku)

aku cuba berfikir lagi.
adakah ini sebagai satu satu isyarat.
sebagai satu petanda.
atau sebagai satu peringatan.

(rugi aku tidak membeli buku "tafsiran mimpi' yang aku lihat minggu lepas di MPH.)

mata aku masih lagi melihat ke arah TV yang aku ON td. Namun otakku berfikir sesuatu yang lain.

yaa....!
aku rasa aku tahu sebabnya!

mengapa mimpi2 itu datang, menceroboh dan merogol setiap ketenangan malam aku. dan mengapa watak2 itu berkumpul dan berada dalam mimpi2 aku!

aku rasa..
ada lebih kurang 2 tahun setengah @ 3 tahun.
aku tidak berjumpa dengan mereka.
tidak bersua dengan mereka di tempat asal ku.

sesetengah kawan2 ku kata
"engkau sombong sekarang.!"
"..susah giler mau jumpe.."
"...weiii...x ingat kampung ker..?!"

mungkin ada betulnya kata mereka.
tapi jauh di lubuk hati aku, aku bukan begitu.

dan aku bertekad...... raya ni aku mahu pulang dan jumpa dengan semua mereka!

yahooo!
(tapi tiket masih belum dibeli)









Monday, August 18, 2008

hipotisis : aku pon x tau

"berukkKKkk"
"beruKKkkk"
"berukKKkkkk...."

& "..beruKkkkk.."

maaf.
pemula entri kali ini agak kasar.
bukanlah sengaja atau disengajakan untuk aku menulis ayat yg berbaur provokasi begitu.
(huh...? 'provokasi'??? lebih elok aku gantikan dengan 'makian' *..duh!).
baiklah..... bukan niat aku untuk menulis ayat yang berbaur 'makian' begitu.
ianya terjadi terdahap diri aku kebelakangan ini.

tertanya-tanya.
terpinga-pinga.

sejak dalam semenjak seminggu ni (sori..bahasa dan nahu aku terabur, korang pon dah sedia maklum), aku tidak mengerti, dan tidak tahu, mengapa "frasa" tu sering mendapat tempat di lidah dan mulutku.

adakah kerana otakku sengaja memberi isyarat lantaran kosakata dan tatabahasa BM yang aku kuasai sebelum ini tidak mengalami pertambahan. Atau dalam erti kata mudah aku tidak menambah pembacaan aku untuk menambah kata-kata baru dalam library otak aku.

lantas otak aku menghantar mesej melalui saraf ke mulut dan mengeluarkan "beruKKkkk"! sebagai tanda protes terhadap diri aku yang malas membaca. (ini hipotesis pertama yang aku fikir)

atau adakah kerana aku mengalami sindrom yang kerap melanda masyrakat Melayu iaitu sindrom "Mulut Celupar". (sori..sekali lagi bukan niat aku untuk menulis sesuatu yang berisi provokasi). aku keliru. Kerana seingat aku, aku tidak pernah diajar & dididik untuk membawakan gen dan baka "mulut celupar" oleh ibu aku sedari kecil. Kalau tidak, sudah tetu aku dulu kerap diBEDAL kerana mulut celupar sejak kecil. hipotisis yang agak mendedahkan diri dengan keburukan diri sendiri. (heh). *..bengong!

(oh...tidak,,,tiba-tiba aku teringat watak kanak2 gila sex Sin Chan yang bermulut celupar. ianya watak kegemaran aku. selain patrick dalam spongebob. namun aku tidaklah menjadikan Sin Chan sebagai idola aku. kerana Sin Chan adalah watak kartun semata-mata, walhal aku adalah makhluk bernama manusia dikurnia ak.... (sori,,,xperlu aku jelaskan panjang berjela. *bengong) )

berbalik kepada soal punca&mengapa frasa itu selalu terkeluar dari mulut aku. aku sekali lagi tandus. tidak tahu.

atau adakah kerana... Tuhan mahu mengingatkan aku untuk memperjuangkan nasib haiwan terancam ini. Tapi,setahu aku, beruk bukanlah termasuk dalam golongan haiwan2 terancam mahupun haiwan2 yang bakal pupus. Tidak seperti penyu belimbing yang diisytiharkan oleh WWF Malasyia sebagai haiwan terancam. aku tertanya2. hipotisis yang mungkin.

"...woiiii...woii...woiii....ke laut oiii.... "
antara lirik2 awal dalam lagu 'terengganu kita' oleh Iklim.
aku teringat lirik ni sebab menyebut perkataan penyu belimbing tadi. sori.

sampi ke saat ini. aku masih belum jumpa alasan yang betul2 konkrit untu kaku sandarkan mengapa aku selalu menyebut nama haiwan tersebut.

nak dikatakan aku terkena pengaruh rakan sebaya, aku rasa aku jarang bergaul dan melepakkan diri dengan orang yang sebaya aku. housemata aku : setahun dua lebih dari aku. classmate aku : ada yang muda & ada yang lebih tua. maka aku rasa aku terlepas dari gejala yang dinamakan pengaruh rakan sebaya. atau adakah kerana salah pehaman aku terhadap erti kata 'pengaruh rakan sebaya'? ah..ergghh..aku menambah kekusutan mental dan otak aku. tinggalkan hipotisis yang ini.

aku pon x tau. *..duh! *..giler! *..loser! *beruKKkk!(sekali lagi terkeluar,sori)

Friday, August 15, 2008

tepuk amai-amai di kedai mamak

petang ini.

bukan seperti petang yang pernah aku lalui sebelum ini.
bukan seperti petang yang pernah aku jumpa sebelum ini.

sudah tentu..
kerana petang ini adalah suatu petang pada hari Jumaat, 15 ogos 2008.
tidak pernah dalam sejarah hari yg berulang.
(..*duh) (gilakah aku pada saat ini..?) (misteri)

baiklah...
seperti biasa selepas merayap2 pada satu event di uitm, aku pon menyusur keluar dengan niat di hati mahu pulang saja ke rumah.

sampai di pintu rumah...
melihat2 ke dalam rumah dari luar melalui cermin tingkap.

*senyap
*agak gelap
*tiada kelibat housemate

"kalau aku tunggu di sini...sampai bila agaknya dia orang balik sini?"
"mahu dipanggil yang sorang itu, mesti tidur! xdengar "

cis!
aku pon mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali moto dan melepakkan diri di kedai mamak.

(kenapa aku TAK masuk ke dalam rumah saja?? sebab aku hanya ada satu kunci saja, rumah aku ada dua pintu, 1 pintu papan, dan di luarnya pintu palang besi)
padan muka aku...sebab x duplicate kunci!

aku pon melepakkan diri di kedai mamak mcm biasa sambil melayan wifi.

"eh la...ada badminton rupanya"
"malaysia lawan korea, Lee C.W main" (kataku dalam hati.)

mula2 aku hanya memberi fokus pada laptop aku lantaran tgh cari bahan utk web project.

tiba-tiba...

"kelepakkkk....kelepakkkkk...kelepukkkkkkk"

"kelapakkkk...kelepakkkk...kelepukkkkkk"

aku lihat di sekitar. ramai orang yang bertepuk tengan. Ada game kat TV. Olimpik. Badminton.
bagus la dia orang. walaupun Lee C.W (yg pada ketika ini berada di China) xdapat dengar tepukan dia orang (yg pada ketika ini berada di kedai mamak seksyen 7, shah alam, malaysia), namun...sokongan tetap diberi!

aku kembali melayan internet.
dan tanpa tidak diduga dan diluar kawalan...

aku turut bertepuk tangan sambil mataku masih memandang skrin. "..kelepakkk...kelepuukkkk.."
"laaa.....best game ni ! aku mesti tonton!"

& pada ketika itu..hampir semua yang berada di kedai mamak tu bertepuk tangan setiap kali Lee C.W mendapat mata. *bangga *bangga & *bangga.

Lee C.W menang akhirnya!
yahooooooo!

& pada petang itu juga.. aku puas kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan sorak utk Lee C.W.. walapun secara jarak jauh. (malaysia & China memang jauh)

& aku namakan pada petang itu.. kami ialah "Pasukan Sorak Tepuk Amai2 Lee C.W"

(kedai mamak memang best) haha!

Monday, August 11, 2008

mengapa aku di daerah ini?

aku tak tahu.

Dan aku tidak punya sebab. mungkin ini suatu penemuan baru dalam hidup aku. Atau mungkin ini juga merupakan fasa normal dalam kitaran hidup manusia normal (tapi normalkah aku? mungkin normal..& mungkin tidak *duh..!) .

Seingat aku. .. aku tidak pernah begini. Berada dalam suasana begini. Berkelakuan begini. Terlibat dalam persekitaran yang sebegini. Malah kadangkala aku rasa 'gembira' begini.... aku begini bukan sesaat dua...tapi untuk tempoh masa yang lama! (tanpa ku sedari)

Cuba untuk aku imbas kembali (tiba2 alunan muzik dan lirik lagu Nora "dipersimpangan dilema" terngiang-ngiang di gegendang telinga ku) . "Adakah seseorang yang sedang menyanyi di tepi ku??" oh...tidak sama sekali, kerana ia datang dari hati aku. Dulu aku meminati lagu itu (mungkin kedengaran agak jiwang untuk orang yang macam aku).
Berbalik semula kepada frasa..cuba untuk imbas... aku tidak tahu kuasa apakah yang mendorong aku untuk menapak ke sini, ke daerah ini. Sedar-sedar... "eh...eh...gila jugak aku ya, boleh berada di sini" kataku dalam hati setiap kali bertandang ke sini.

Untuk kesekian kalinya, aku banyak mengisi masa aku di sini. Walaupun tidak melakukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh semua orang yang hadir ke sini, tapi aku tetap dengan aktiviti ku. Banyak juga masa lepakku yang selama ini aku abadikan di tempat2 lain (contohnya Kedai Mamak Hakim Seksyen 7.... deyyy...bai!teh tarik satu! (owh sorry,,,aku teruja)), kini aku beralih arah. Lebih rela diri aku di sini.

Pejam celik-pejam celik (*pejam celik aku bukan la bermaksud mengelip-ngelipkan mata dengan kadar yang pantas sperti watak SinChan. Tapi untuk menggambarkan bahawa hari berganti hari), sudah seminggu aku di sini.

Sejujurnya, aku bukan jenis yang boleh berada lama di sini. Kalau bersandarkan pada sejarah hidup aku. Dulu, tempoh masa setengah jam cukup untuk membuatkan aku berasa sungguh TIDAK selesa, meronta ... malah memberontak untuk cepat keluar. Malah mungkin juga kalau dibiarkan lebih seminit dua... aku bakal menggelupur di atas lantai seperti cacing kepanasan (tapi ini tidak pernah berlaku lagi. aku cakap "bakal" saje). Itu dulu. Tapi kini, sungguh kontra. kontra sekali. begitu kontra sekali. sungguh begitu kontra. kontra begitu... oppss..aku rasa sudah cukup ayat-ayat kontra aku di atas untuk menggambarkan betapa kontra sekalinya aku dulu dan kini.

aku sekali lagi tertanya-tanya...

"adakah ini tempat yang sesuai untuk aku" "daerah ini bukan daerah aku"
walaupun persoalan yang datang bersilih ganti.
Tapi aku masih di sini... di Perpustakaan *library.

aku tenang. *duhh..!

Sunday, August 10, 2008

"check balance"

lepas beberapa minit aku menaiki kenderaan aku... tiba aku di satu stesen minyak. Macam biasa... walau dalam keadaan harga minyak Malaysia masih lagi ditahap yang tinggi (dianggap oleh rakyat Malaysia, aku juga. (*duh!)), bilangan kenderaan yang keluar masuk stesen masih lagi banyak, sibuk, malah jam sama sekali.

Beberapa pekerja yang menjaga kaunter (3 orang semuanya) masih sibuk seperti dulu (sewaktu pertama kali aku mula menjadi pengunjung tetap kepada stesen ini) kelihatan sibuk.. Sibuk maksud aku bukanlah "menyibuk" mahupun "menyibukkan diri", Tapi sibuk dengan tugas harian mereka yang kadangkala memerlukan tenaga dan kecekapan melebihi tahap normal.

Stesen Minyak Petronas Seksyen 7. itulah tempatnya aku berada setengah jam seblum entri ini ditaip. Time aku keluarkan duit daripada ATM, tetiber. . ...

"..bang, check balance."

".. .check balance"

aku terdengar akan ayat itu, walaupun dalam keadaan tidak berapa jelas lantaran suara itu yang serak-serak basah. aku hanya membuat bodoh (membuat bodoh @ buat bodoh bukanlah bermakna aku bodoh sama sekali, tapi ungkapan ini sering digunakan oleh kebanyakan kita merujuk kepada berkelakuan seolah2 tiada apa yang berlaku)& setia menunggu beberapa saat untuk mengambil resit transaction.

Bila aku memusingkan badan aku ke belakang, ada seorang brader tu sedang menghulurkan sekeping kad ATM ke arah perut aku. "adakah ini satu siri serangan rompakan??" getus hati aku. oh tidak.. . rupanya brader ni la yang bersuara tadi..& sekarang pun masih bersuara .

brader : bang, check balance.

aku : ok, kejap ye. (aku tunjukkan jari telunjuk aku ke arah tempat kad ATM perlu dimasukkan.)

brader : (menurut saje)

aku : lu tekan situ. ahhh....pastu tekan situ plak. ok masuk.

brader : (memasukkan nombor pin. (& aku ketika itu atas dasar memahami hak asasi manusia dan hak kerahsian sejagat, dengan penuh integriti mengalihkan pandangan kearah kek coklat yang disusun di atas meja ketika itu, *ikhlas x aku?)

aku : ok, skang lu tekan situ. ahh... tekan sini plak, ok then tekan situ (tunjuk aku ke arah butang nombor dua dari arah atas yang disusun menegak.

brader : (hanya melihat paparan skrin)

aku : (melihat skrin & melihat muka brader tu. terlintas beberapa tanggapan, "sedihkah dia?" "kelirukah dia" atau "ah...apa kaitannya dengan aku" *bengong)

selepas itu brader tu berlalu pergi.

&tentu korang tau kan, brader tu sudah semestinya bukan warganegara Malaysia. aku rasa mungkin Nepal, mungkin juga Bangadesh. tapi, tiba2, ada perasaan bangga dalam diri aku, kerana dapat menyumbangkan sedikit ilmu yang aku ada (walaupun sumbangan aku kepada brader tu tidak memberi impak yang nyata kepada ekonomi negara, tapi aku dapat mengajar orang lain sesuatu hari ni)

sewaktu aku nak kelaur dari Kedai Mesra tu (Petronas nama kedai kat stesen minyak dia Mesra kan?? tiba2 aku lupa) . terlintas skrip dalam movie Dunia Baru lakonan Elyana. "seploh.....duaploh......seploh.....duaploh..." . heh.

Friday, August 8, 2008

kadang-kadang

kadang-kadang

aku teringat. .. .
sewaktu kecil (xla kecil macam semut api dan bukan juga kecil2 cili api). maksud aku "kecil" yang merujuk kepada zaman kanak2.. "..Kanak-kanak" yang maksud aku umurnya dalam lingkungan.. (owh sorry..aku rasa xperlu aku jelaskan pengertian kanak2 dari segi bahasa kerana sudah tentu korang tau apa itu maksud kanak2 dan ia bukan sekali merujuk kepada orang dewasa mahupun orang tua malah bukan juga merujuk kepada objek xbernyawa. (sorry, aku terlalut (duh!)).

baiklah..
mula sekali lagi..
kadang-kadang aku teringat zaman kanak2..

pergi sekolah naik bas warna kuning dengan dinding tepinya tertera "Bas Sekolah". aku pon xfaham kenapa kenderaan yang aku naiki tu, yang sebenarnya ialah sebuah VAN tapi dipanggil denga nama BAS SEKOLAH. malah kezaliman bahasa (aku rasa agak zalim kerana mereka meletekkan sesuatu bukan pada tempatnya) ini bukan hanya berlaku pada kenderaan yg aku naiki tu, malah terjadi kepada kenderaan-kenderaan seangkatan dalam bidang yang sama.
aku keliru.
adakah mereka(yang bertanggungjawab menulis perkataan itu pada VAN-VAN itu) tidak diajar sedari kecil tentang nama-nama benda,objek mahupun katanama yang wujud dalam kehidupan seharian kita??
aku keliru.

kadang-kadang aku teringat. . . .
masa aku kecil mak aku selalu suapkan nasi ke mulut aku.
mak aku ambik nasi dalam pinggan, tiup(tp orang kata xelok tiup makanan) & kepal.. seterusnya suap masuk ke dalam mulut aku. best siot masa tu makan nasi kepal (*peringatan : nasi kepal tiada kene mengena dengan nasi kangkang mahupun "nasi"r bilal khan). tapi mak aku xla selalu suapkan aku 24 jam kerana aku bukanlah tergolong dlm anak2 istimewa, cukup sifat, nnt jiran2 konfius "er...mak Nah, anak mak Nah tu lumpuh ke apa?.." alhamdulillah..xpernah ada lagi jiran tetangga yg bertanya begitu. Dan aku pula bukanla anak yang jenis xreti nak suap sendiri walaupun kekadang aku berjaya selerakkan hampir 1/3 daripada isi pinggan aku setiap kali makan.

kadang-kadang tu juga. . .
aku teringat masa dengan kengkawan aku time kanak2. ..
main basikal depan rumah, main nyorok2 sampai lebam seluruh badan. main bola kayu tiga (aku xpasti sama ada permainan ni dipanggil dengan nama yg sama oleh korang. tp yg pastinya utk bermain permainan ni korang kene ada 1 bola (biasanya bola tenis) dan selipar (lebih afdal kiranya selipar itu adalah selipar jepun)).
best.

dan tiba-tiba..
aku teringat.. ..
beberapa minit sebelum aku menulis artikel ini..
aku dalam keadaan blur+sakit kepala+hilang fokus..
dan sekarang..
aku masih begitu.. .
(aku keliru)

adakah kekeliruan pada masa sekarang disebabkan oleh permasalahan bahasa "BAS SEKOLAH" yang aku alami hampir 15 tahun yg lalu atau permainan bola kayu tiga tadi.
aku masih mencari.

Thursday, August 7, 2008

Lambretta... kenapa aku gila?

(lammy kat sebelah tu aku punya. "lebih baik
memiliki lambretta drp memiliki awexs..ahaks")



pada suatu petang. . . .

kelas aku time tu habis pukul 1.45 tgh hari (baguskan lecturer aku? buat kelas time lunch hour, "bijak..bijak "(detik hati aku dengan cuba untuk meniru ayat dalam salah satu iklan TV)).

aku telah membuat keputusan (macam keputusan antara hidup & mati plak..tapi sebenarnya bukan..malah xpenting pon dan x memberi kesan yg besar pon dlm hidup aku) untuk melepakkan diri bersama kawan aku sambil2 menikmati makan tengah hari + teh o nipis (part hak ni paling best).

setelah sampai ke tempat melepakkan diri itu (kedai makan), aku mengambil juadah (sorry..aku semakin teruja untuk menggunakan perkataan ini sehari dua ni lantaran ramadhan yg akan tiba) &meng"oder" air kegemaran aku.

tapi sebenarnya situasi kita orang di kedai makan itu bukanlah fokus sebenar yang aku nak repekkan..ia hanya sekadar babak sampingan.

baiklah.
dalam perjalanan pulang memandu motosikal (menaiki, memandu, membonceng..argh..aku selalu konfius dengan 3 perkataan ni. maafkan saya pendita Za'ba) aku melintasi sebuah kedai membaiki motosikal.

tetiba. . ..
aku terlihat objek kuning-kekuningan yang terletak di dalam kedai itu. Dengan perasaan ingin tahu (aku merasakan perasaan ingin tahu aku ketika itu melampaui perasaan ingin tahu yang dirasai watak kartun kegemaran aku Detektif Conan ketika menyelesaikan kes) dan teruja.
(untuk makluman semua, rancangan animasi Detektif Conan ditayangkan di TV3, tengoklah kepada yang sesiapa yang merasakan hidup korang sunyi, sepi dan pilu.)

berbalik kepada objek kuning tadi.
aku memasuki kedai tersebut. menilik2 lembaga kuning tersebut.

"Fuhhh la mak... body mantap siottt..."

"kemas..."

"...seksi.."

aku : ermm...brader, moto ni jual ker? brader : ehh...x la dik. aku : moto ni sape punya?? orang datang repair ker? brader : ha'ah, tu Sultan Selangor punya. tokey abang dapat upah repair dan tukar alat ganti aku : (terkedu) & (kagum)
x sangka dowh, sultan selangor pon minat Lambretta.
Li3 - model Lammy baginda. full set warna kuning wa cakap lu. (patut la dari awal aku rasa pelik sebab warna kuning moto tu lain macam daripada biasa)

sekian .
cerita Lambretta pada suatu petang .. . .