1...2....3..
cerita ni sebenarnya tak menarik pon.
bukan cerita yang bercerita tentang hal2 dunia, bukan cerita yang bercerita tentang ekonomi sejagat, malah bukan juga cerita yang berceita tentang ketuanan sesuatu bangsa yang boleh menyebabkan semangat & emosi pembaca bertukar menjadi berkobar-kobar (apa yg aku merepak ni..sengal). Dan aku rasa...kalo ada yang baca cerita ni pon..x der satu pon nilai tambah yang boleh dia orang dapat.
cerita ni hanya cerita aku..
yang punya penyakit tak berObat (disebut dengan slang klasik macam cerita DO re MI "hai obat..hai obat...mari beli obat...." begitu la lebey kurangnya cara menyebut sebutan tadi). Berbalik kepada cerita aku, tak tau kenapa..sejak kebelakangan semenjak dua menjak (betul ker susunan bahasa aku nie?) ni, penyakit tu semakin menjadi-jadi.
hendak di buang....susah. bukannya boleh dibawa berObat (sekali diingatkan sebut dalam slang klasik). kalau penyakit macam kena rasuk dek hantu Lampor (watak kegemaran aku dalam Ujang ke..Apo? tah...x pasti dah) ke, boleh juga diikhtiarkan dengan cara kampung. Kalau demam kepialu ker..sifilis (penyakit kelamin....mintak2 jauh daripada kita sumer..amin) boleh ler juga cuba2 pergi klinik....
Tapi masalahnya..penyakit aku ni...entah la aku nak kategorikan dalam kelas apa. (Fenin *fenin=pening). Makin di biar makin menjadi... Makin lama makin menggila!
Sehingga tibalah pada suatu malam yang hening (boleyla dikatan hening sebab sumer housemate aku kategori "anti-ketenteraman" dah tidur)...aku rasa penyakit tu menguasai seluruh diri aku. Menguasai setiap rongga badan aku (tidak termasuk rongga yang disebut dalam kes Saiful-DSAI). Dan aku merasakan...penyakit tu menular ke segenap bebuluh darah aku tak tertinggal satu inci pon.
(bermula semula pada ayat) ". . .. pada suatu malam yang hening...." aku balik dari Subang Jaya dalam keadaan agak penat. sampai ke muka pintu rumah sewa aku, aku tanggal kasut dan menaiki tangga (bukan tangga kejayaan mahupun tangga gaji pekerja kerajaan yang ada D,G tu) menuju ke bilik.
Badan aku time tu memang melekit. Melekit tahap dewa bak kata budak2 skang. Melekit macam kertas dinding (eh..tu melekat...sorry..analogi aku x tetap untuk membayangkan betapa melekitnya badan aku time tu). Tapi aku nak korang tau..badan aku time tu memang melekit. Betul tak tipu dan aku tak perlu untuk buat Perakuan Bersumpah macam raja blogger kita kerana memang benar badan aku melekit.
Masa tu...hati dan naluri aku mrncetuskan niat untuk mandi-manda di bilik air lantaran badan aku yang melekit dan berbau (sorry...x perlu sebenarnya aku guna perkataan berbau kerana badan yang melekit sudah tentu berbau..aku harap aku x menimbulkan perasaan kurang selesa di kalangan korang).
(sepuluh minit berlalu.......) otak aku masih GAGAL untuk mencetus dan menghantar arahan kepada anggota badan aku. Gagal untuk untuk mengarahkan tangan aku mencapai tuala putih di dinding...DAN gagal untuk mengarahkan kaki aku berjalan masuk ke bilik air.
Adakah aku mengalami krisis pertarungan antara hati(yg mencetuskan niat) dan otak(yg mengeluarkan arahan) dalam diri aku ketika itu???????
Puas aku berfikir...
Dan akhirnya aku lena diulit angin hembusan kipas dan lagu Made in Malaysia nyanyian Root n Boot pada malam yang hening itu.
Tetiba aku akur pada penyakit itu. Betapa berkuasa dan berpengaruhnya penyakit itu sehingga berjaya menimbulkan pertikaian antara HATI dan AKAL aku.
penyakit MALAS memang begitu. aku nasihatkan pada korang ...JAUHILAH PENYAKIT MALAS. kerana ia akan menyebabkan korang x mandi.
Subscribe to:
Posts (Atom)