pejam.
celik.
pejam lagi.
kemudian celik lagi.
lepas tu..pejam lagi.
dan semestinya ..kena celik lagi sekali.
itu normal. hiperbola untuk melambangkan hari yang silih berganti. aku rasa.. hampir sebulan, atau lebih.. bercuti. semester break lah kununyaa.. walaupun x berapa nak 'break'. namun, namanya tetap semester break.. berehat daripada menghadirkan diri dan memacakkan diri di bilik kuliah. itulah..definisi semester break. *bengong nye rasa
berlegar-legar di bandar sunway metro sebagai memenuhi hari-hari cuti yang agak lama. banyak cerita dan kisah dunia dari dua sisi yang berbeza aku tengok dan hadapi. Sisi putih yang kadangkala menyenangkan hati...dan sisi hitam yang selalunya..."owh...fuck" .
tapi keduanya memberi seribu satu macam makna. dan ada diantaranya tidak bermakna langsung.
sepanjang masa tu...
aku keje malam. lebih kurang sebulan. ada lagi dengan dua tiga kepala bingai member2...
seronok. ada nyanyian lagu tema untuk sape2 yang budak midnight. lebih kurang..
"lu bagi tujuh ringgit...."
"gua bagi tujuh ringgit......"
"...kita pergi sama-sama..."
"...kita bukak sama-sama..."
lagu tu akan berkemundang sampai la ke peti sejuk 7-e. *tolol
aku kerja... mengadap orang. dan kadangkala aku bekerja adalah untuk dimaki semata-mata.. seolah-olah ada tertulis di dahi aku "sila maki dan marah saya,sekian..".
aku rasa..kalau sesape yang ada ambik subjek consumer / customer behaviour, elok lah korang melepakkan diri di tempat kerja aku sebelah malam untuk mendalami lagi realiti sebenar apa yang korang baca dalam buku. kerana buku hanyalah bersifat teori dan sukar untuk digambarkan berbanding dengan apa yang dilihat oleh kedua bijik mata.
dan kadang2 tu..macam profesor jugak aku rasa. melihat , mengkaji dan melayan secara dekat pe'el, tabiat, dan perilaku orang dan manusia. cara dan budaya percakapan mereka. dan yang paling menyeronokkan....cara untuk mengawal dan memaksa meraka mengikut rentak kita. *hoho.
sekian. repekkan sampah pemuka bicara.
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 sinikal:
sabar je la ek...
kdg2 benda2 yg mcmnilah buat hidup kita bermakna..klw lancar je perjalanan hidup ni tak best jugak kan. hu
Post a Comment