Sunday, November 23, 2008

mencha......ri jalan phu....lang

>>tidak kenal.

semakin hari.. yang berganti hari aku rasa...aku makin tidak mengenal siapakah sebenarnya yang berada di bawah kulit ini. cuba untuk mencari dan bertanya. tapi bertanya kepada siapa?

kalau aku ajukan soalan siapakah sebenarnya yang berada dalam aku. sudah tentu aku dicop biol. paling kurang pun sengal.

kalau aku cuba untuk mencari. hendak disiat dan dilapahkah kulit ini? semata-mata untuk mencari siapa sebenarnya yang menyorok dalam diri. tentu sakit. dan meraung. *..baik lupakan niat yang ini...giler

22 tahun rasanya. hidup bersama dia nih. aku ingat..aku adalah dia. dan dia adalah aku. aku dan dia.... adalah satu entiti yang sama dan serupa, mengalir darah yang searus. rupanya tidak.

sejak semenjak dua menjak ini... persoalan-persoalan yang membiulkan seakan berlumba menerpa kearah otak ku sehingga tak tercapai dek akal ku. *..(elyana?? owh tidak. shit).

>>orientasi.

perkataan yang mudah tapi menyukarkan. mudah kerana ia tidak memerlukan aku menggunakan tenaga empat kerat untuk menyebutnya. dan menyukarkan kerana ia berjaya menyerabutkan saraf minda.

orientasi yang menimbulkan soal...... kemana aku? apa yang dicari? apa yang aku nak ? dan yang paling penting... apa yang aku nak jadi sebenarnya dalam hidup ni!?

tidak tahu.

dan..masih tidak tahu.

ada kawan kata... "kau xpayahlah nak hipokrit"... "dunia kau sebenarnya bukan apa yang kau ada sekarang" "aku dah pernah nampak diri kau yang sebenar " "jadilah macam dulu"

tapi..itu dulu. jawab aku.

dan sekarang.. aku mula untuk percaya kata seorang kawan itu. ruginya. menghabiskan masa selama hampir setahun lebih ++, hidup semata-mata untuk menjadi 'orang biasa'. kononya.

tanggapan aku. 'orang biasa' juga punya life yang seronok...sempoi. kedai mamak, kuliah, lepak2, main poker, main internet....bla...blaaa...... itu juga life. tanggapan aku juga...untuk bertumpu pada buku *..warghh.....fuck.

tapi kerana tanggapan dan aliran pemikiran yang semacam itulah..membuatkan aku.. jadi loser. seekor semut yang hidup dalam dalam sebatang ranting kayu rapuh dalam sebuah hutan tebal. kenapa tidak terus meneroka hutan yang tebal itu? memilih untuk hidup dalam dunia yang kecil. (bodohnya).

>>kembali.

ke tempat yang menjadi guru..suatu masa dulu. Dungun. agar mendapat roh dan jiwa yang lama itu. mencari semangat yang lama...

walaupun ada yang seakan skeptik terhadap keinginan ini. tidak mengapa, itu cabaran. kerana aku adalah aku yang mereka kenal dalam tempoh setahun lebih ini. bukan aku yang pernah hidup sebelum tempoh itu. ya..tidak perlu untuk mengungkit sejarah untuk meyakinkan orang lain. kenapa tidak membuktikan apa yang aku dapat beri sekarang..? itu juga cabaran.

masih dalam mood menyesuaikan diri.

yang penting aku..masih dengan dunhill dan terkini.. rokok balut cap Harvest.haha.

doakan aku.


4 sinikal:

nizaati said...

Tidak akan berubah seorang manusia itu jika tidak diubah dirinya... dan apa yang penting adalah yang di set dalam mind and hati kite... Nawaitu itu penting... Chayok2... ;-p

tehOnipis said...

haha. thanks azza. byk benda yg kene blaja. saya budak baru.

zack said...

if you're not winning,
you're just like a loser.

loser always a loser


peace4ever:)

lillies said...

nape ni...ade prob ke?hmm...anyway..nape dh lama menyepi?bz dgn study ek?
take care...