Monday, September 22, 2008

budak kechik mata sepet

hari minggu yang tipikal.

celik mata. terkelip-kelip memandang dinding atas. Kosong. Sekosong perancangan perjalanan hidup harian aku yang memang tidak pernah dirancang. Malah kalau aku rancang sekalipun mesti ada saja balak yang melintang dan perkara yang lebih menarik nafsu untuk aku lakukan, lantas jadual harian hanya tinggal jadual. Kesimpulannya, aku memang jenis yang tak boleh ada jadual, melainkan jadual kuliah. (haha). Stereotaip itu membunuh dan punya limitasi terhad. Aku lebih rela....... buat....., berdasarkan kespontanan dan keterlintasan di hati. Walaupun aku setuju dengan falsafah "if you fail to plan, you are actually plan to fail..", namun aku juga punya falsafah dan pegangan sendiri...biarpun ia berkecamuk *duh!

"Pagi yang indah" getus aku kepada diri sendiri.

Aku mengambil alat-alat mandi yang disimpan dalam raga kecil dan menuju ke bilik air. Niatnya mahu mandi pagi. Selangkah ke bilik air, aku putar tombol pintu dan tiba-tiba terasa sejuk. Aku letakkan raga kecil itu di sinki dan menutup pintu. Lantas aku lucutkan tua...........
**laa...maaf, aku rasa biarlah situasi di bilik air itu menjadi rahsia antara aku dan raga itu. Lagipun tidak perlu aku ceritakan secara terperinci bagaimana aku gosok gigi, bersabun, bersyampu dan sebagaimya. **bengongnya aku rasa permulaan entri ini.

Selesai mandi. aku sudah punya tujuan. Ya..aku akan ke MPH Bukit Raja.

*..naik moto
*..slow-slow
*..dah sampai.

"kenapa ramai...?" "shopping raya gamaknya.." beberapa ayat muncul di kepala aku lantaran suasana Jusco yang jam . jam giler.

Peduli. Aku ada tujuan lain. Sampai level 2, MPH agak lengang. Aku masuk. Lepakkan beg di tepi rak, dan tercegat macam biasa .

*..Tercegat
*...Belek
*...Tercegat
*...Belek
*...1 jam berlalu

Sambil-sambil memegang buku Skali Lagi oleh ikon yang aku tabik, Tengku Farith Rethauddeen, tiba-tiba :

"pappaaa..."
"pappaa.."
"uwaaaa.......waaa.....pappaa.."

Aku menoleh. Ada budak kecik mata sepet memegang buku di tangan dan menangis. Lelaki, 4/5 tahun rasanya. Aku agak, dia sedang cari bapak dia, ke hulu ke hilir mencari di lorong-lorong rak sambil melaungkan "paappaa..." "paappaaa..." "uwaaa......"

Kesian. Suara budak kecik mata sepet tu tenggelam timbul aku dengar. Senyap sekejap. Selang seminit, timbul lagi. "Laaa....ada lagi" . Aku mengintai-ngintai di kaunter.... "takkan takde sorang pun staf yang concern..semua buat bodoh?" pelik. terntanya. dan tiba-tiba sayu.

Tergerak kaki aku dan melangkah menuju ke budak kecik mata sepet tu, dengan niat aku nak bawak ke kaunter informasi Jusco dan mengumumkan kehilangan budak mata sepet tu. Terlintas di kepala aku, apakata kalau masa aku bawak budak mata sepet tu pimpin tangan dia menuju ke kaunter informasi,

tiba-tiba bapak dia datang dan tumbuk muka aku

skrip (1) : "oiiii...Lu....mau culik wa punya anak ka...? hah??"

atau tiba-tiba datang menyepak rusuk kiri aku dan berkata

skrip (2) : "Weiii...lu punya kerja ka wa punya anak hilang ni?? encik,,,,tangkap dia!.."

Ngerinya imaginasi aku.Berhenti.aku tercegat berdiri 3 meter dari budak tu. Dan ketika itu juga datang sorang amoi cakap Mandarin dengan budak mata sepet tu. "aloo...incik, lu tolong bawa budak ni pigi kaunter sana" sambil staf MPH tu bawak budak tu, aku tersenyum.

Tapi , ada satu hal yang menjadi ralat dan menggangu aku. "Betapa masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak punya semangat keprihatinan" Lebih 20 orang yang berada di MPH time tu, tidak sorang pun yang bertindak dengan pantas untuk bertanya budak mata sepet yang menangis tu, apatah lagi mahu menolong dia. Lebih rela mendengar budak mata sepet tu meraung-raung "pappaaaa..." "papaaa..." . Mungkin mereka saling harap-mengharap orang lain yang akan bertanyakan budak mata sepet itu. Last-last, tiada sorang pun yang bertanya.Sama la aku pun. *bengong dan bahlol.

Aku teringat nurin jazlin.

2 sinikal:

voice2...u said...

itu lah malaysia yg sudah 51tahun...
terlalu berat utk mbantu... tp cukup cepat untuk "bergosip" dan "jaga tepi kain org"....

tehOnipis said...

sebab tu majalah URTV cepat benar laku. dan juga Mangga
(*...oh gilernya)