angin dan tanah yang sepoi dan gebu.
..kuning
..oren
..&hangat.
..pekan kuala krai
sudah lama aku rasa. tidak merasa suasana begini dalam keadaan begini. berpijak turun dari bas yang aku rasa...."ergh....apsal la aku kena naik bas ni dalam banyak-banyak bas kat malaysia???", terus menggalas beg dan berjalan pulang menuju ke rumah yang lebih kurang 10 minit aku berjalan. Tapi yang hairannya tidak berpeluh. Mungkin lama membeku dalam penyejuk hawa dingin (klasiknya istilah ini aku rasakan).
Terkena pancaran matahari yang semakin tenggelam di belah Barat, dan bahang yang seakan sudah tidak layak untuk dipanggil bahang kerana cahaya matahari di kala ini sudah lagi tidak panas... *..duh! Cuma yang ada warnanya saje yang bercampur kuning & oren. Bestnya warna ini. Dah lama aku tak rasa. Kat tempat lain tak pernah lagi aku jumpa.
Berjalan menuju ke rumah. Lalu workshop Apek tu. Aku tercari-cari. Terintai-intai. Tapi tidaklah sehingga mengintai di segenap lubang dan celah dinding workshop tu seolah-olah berkelakuan seakan mata-mata gelap atau Jabatan Agama yang menyiasat orang tidak berpuasa. *..Astaga..gilernya. Akhirnya aku nampak. Van Klasik Volkwagen era Hippi tengah menggeledak. Aku suka Van tu. Suatu hari...mungkin kepulangan seterusnya, aku akan pulang untuk beli CASH dengan Apek tu..Van Volkswagen dia. (tiba-tiba saraf aku terlintas drama episod Melayu di Tv..."impian ilyana" kalau tidak silap....apa kaitannya??*bengong..maaf).
Sampai saje rumah,aku tidak ada kerja lain melainkan melepakkan diri depan Tv sehingga mak aku kejut waktu berbuka. Dan selepas itu kakak aku yang kejutkan.susahkan aku nak bangun?Bukanlah aku sengaja untuk berbuat demikian. Dan bukan juga aku tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti lain seperti membersih halaman, menyidai kain, mengecat rumah, ataupun membuat air kelapa (sorryy...mak aku tidak ada pokok kelapa di halaman rumah, maka ayat itu hanya hiasan semata-mata), kerana aku sudah pun tergolong dalam golongan musafir di aidilfitri yang perjalanannya melebihi 2 marhalah, maka aku rasakan, tenaga aku hanya tinggal 19.39% sahaja lagi. Nasib baik aku tidak menjadikan alasan itu untuk berbuka lebih awal.
*...sedapnya berbuka di rumah.
berpuluh jam kemudian. aku berjaya memaksa nafsu untuk ke pekan walaupun aku rasa nikmat lepak di rumah lebih sedap dari segala-galanya. (bestnya aku rasa kalau lambretta kesayangan ada bersama di kala ini, pusing pekan...oh rindunya padamu lambretta buruk di shah alam)
Naik moto.
seluar pendek.
baju itam.
aku rasa. pekan ini semakin lupa diri. lupa daratan. dan mungkin juga sudah mula tidak mengenang budi. kerana bangunan-bangunan yang dulu aku rasakan begitu pelik dan klasik, semakin tiada. 1950 / 1960 / 1970... mungkin itu jangka masa ia diwujudkan. sudah diganti dengan bangunan lain, cat lain dan..suasana yang lain. Kapitalis. aku kadangkala tidak suka. kerana ia bukan saja mengubah ekonomi, malah merogol dan membunuh sejarah. (maaf...ter'emosi', aku juga pelik sejak akhir2 ramadhan ni aku mudah untuk teremosi... mungkin juga sebab songkok yang aku idamkan belum sempat di beli. ya, hipotesis yang agak dekat).
dan aku rasa..tiada gunanya lagi aku memanggil tempat ini dengan nama PEKAN, kerana ia sudah hilang nilai estetika. Walaupun sejak bertahun sudah orang memang panggil tempat ini Bandar Kuala Krai. Aku lebih suka begitu...Pekan. Kerana ia...membuatkan aku selalu rindukan kampung.
Tapi ada satu tempat yang aku rasa. Tempat yang paling aku nak pergi. Kedai Apek Jual Akbar.
Letaknya di tengah bangunan yang panjang. kedainya cuma satu lot. ada tabir buluh untuk sekat cahaya matahari depan kedai Apek tu. Tidak berubah. Macam dulu. Aku suka kedai tu. Sejak sekolah rendah.
..Aku nak main mercun. Mungkin malam sikit. sekian.
Saturday, September 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 sinikal:
bestnye dah balik kg....tak penah rasa suasana kat kg....mesti meriahkan???pasang pelita x kat halaman rumah???nak join gak main mercun...bole?
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir n Batin...bole x sy nak add awk kat sy punya frens list??
minyak tanah susah nak jumpa sekarang. tiada minyak tanah, dan tiada juga pelita. yang ada cuma lampu lip - lap.
add la, email aku--> shak_rebel@yahoo.com
Selamat Aidilfitri.
Post a Comment